Page 14 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 14
BAYARAN
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. Melalui semakan dalam sistem iGFMAS mendapati firma perunding telah menukar nama syarikat
daripada Konsultan A kepada Perunding B. Pihak HOPT juga telah mendapatkan khidmat nasihat
daripada pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKR berhubung isu ini dan pihak HOPT
dimaklumkan boleh meneruskan kontrak seperti biasa termasuk membuat sebarang pembayaran
berdasarkan syarat kontrak tanpa perlu menunggu perjanjian tambahan untuk pertukaran nama
syarikat dimetarai. Mohon khidmat nasihat berhubung isu di atas serta dokumen-dokumen sokongan
yang diperlukan untuk meneruskan pembayaran perkhidmatan perunding tersebut.
Maklum balas:
Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 perenggan 7.7,
selaras dengan AP102(a), PTJ hendaklah memastikan maklumat di dalam Baucar adalah lengkap dan betul.
Perincian dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti
yang berikut:
Berhubung isu yang dibangkitkan, PTJ hendaklah memastikan para (2) dan (8) dipatuhi.
2. PTJ telah menerima satu tuntutan subsidi yuran pengasuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat
kerja sektor awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2023. Setelah disemak
tuntutan tersebut, didapati nama yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah
Pusat Jagaan ABC. Namun, nama yang didaftarkan di dalam Borang B AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-
KANAK 1984 (Seksyen 11) tidak sama dengan nama dibawah SSM iaitu Taska DEF JKR.
Sebagai maklumat tambahan, hasil semakan pihak kami melalui laman sesawang Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) mendapati, Taska DEF merupakan taska berdaftar bawah JKM - No. Pendaftaran: W/TTK-
005/2020 yang beralamat di LOT 57, JALAN CHERAS, SEKSYEN 91, 50582 KUALA LUMPUR.
11

