Page 17 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 17
BIL PERIHAL PERTANYAAN
ii. Perlu pastikan kod projek yang digunakan mengikut kelulusan yang telah ditetapkan oleh agensi
pusat; dan
iii. Bayaran yang hendak dibuat dinyatakan dengan jelas di dalam klausa kontrak.
Dalam perkara ini, BA berpandangan PTJ hendaklah merujuk kepada Bahagian Kewangan KKR dan Penasihat
Undang-undang terlebih dahulu kerana didapati terdapat unsur kecuaian dan pelanggaran kontrak
perjanjian.
5. Bahagian memohon pandangan dari BA berhubung prosedur pembelian Pas Program Antarabangsa
dengan menggunakan peruntukan Kementerian Kerja Raya yang perlu dibeli terlebih dahulu.
Maklum balas:
Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK 7.3 Penyertaan Latihan Yang Dianjurkan Oleh Agensi
Kerajaan Atau Syarikat Swasta “Latihan” adalah ditafsirkan sebagai proses pemindahan ilmu pengetahuan
bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan
dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus, bengkel/ retreat, makmal (lab),
seminar/ taklimat, kolokium, forum, simposium, lawatan rasmi/ korporat/ sambil belajar, klinik kaunseling
dan program lain yang memenuhi definisi latihan.
Dalam perkara ini, PTJ hendaklah merujuk perenggan 9.1,
Bagi tujuan pembayaran PTJ boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM
Bil 5/2023 Tatacara Pengurusan Bayaran) – LAMPIRAN H - : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran
Melalui Pindahan Telegraf (Telegraphic Transfer - TT) Dan Draf Bank (Bank Draf) Ms196- Ms201.
6. Sekiranya tanggungan kontrak bulan 12 dibuat, bolehkah bayaran kerja bulan 12 dibayar pada tahun
semasa?
Maklum balas:
Arahan Perbendaharaan AP 95 (a) (iv) menyatakan perbelanjaan perlu dipertanggungkan mengikut bila ia
dilakukan. Konsep asas yang perlu dipatuhi adalah semua tanggungan kontrak kerja perlu dibuat sebelum
kerja selesai dan sebelum tarikh tamat kontrak. Sehubungan itu, tanggungan perlu dibuat di dalam sistem
iGFMAS tanpa menunggu surat tarikh akhir bayaran dan penutupan akaun.
Walau bagaimanapun, proses pembayaran bagi bulan Disember adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling
Akauntan Negara Malaysia berkaitan tarikh akhir proses dokumen kewangan bagi tahun 2024 yang
biasanya akan dikeluarkan pada hujung tahun serta sebarang surat berkaitan daripada Kementerian
Kewangan Malaysia.
7. PTJ menerima pertanyaan berhubung kaedah perolehan bagi menghadiri persidangan. Menerusi surat
panggilan, salah satu kaedah pembayaran yang dinyatakan adalah pembayaran secara Invois Tanpa
PT. Adakah pembayaran boleh dibuat menggunakan kaedah tersebut?
14

