Page 16 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 16
BIL PERIHAL PERTANYAAN
Namun begitu, pegawai-pegawai ini perlu membayar RM7,000 seorang untuk yuran persidangan.
Persoalannya, adakah yuran ini boleh dibayar terus kepada ejen yang dilantik untuk membuat pembayaran
bagi pihak Kementerian Kerja Raya?
Maklum balas:
Merujuk kepada brochure ABC Congress jelas yang menyatakan kaedah pembayaran adalah melalui kad
kredit, seperti pernyataan yang berikut:
Berdasarkan perenggan 9 Pekeliling Perbendaharaan PK 7.3 Penyertaan Latihan Yang Dianjurkan Oleh Agensi
Kerajaan Atau Syarikat Swasta, adalah seperti yang berikut:
Dalam perkara ini, PTJ hendaklah merujuk congress tersebut sekiranya dibenarkan dibuat bayaran melalui
TT.
Dimaklumkan bahawa terdapat maklumat tambahan berkaitan pembayaran yuran latihan. Kementerian
Kewangan telah menambahbaik Pekeliling Perbendaharaan melibatkan pembayaran yuran menggunakan
kad kredit korporat dengan merujuk Pekeliling Perbendaharaan PS2. 6 perenggan 4.1 (e).
Dalam perkara ini, bayaran hendaklah dibuat terus kepada penganjur sebagaimana dinyatakan pada brosur
congres tersebut.
4. PTJ telah menerima tuntutan bayaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas Projek
ABC, bayaran berkaitan seperti berikut:-
i. Bayaran Fi Pengesahan Semula Kelulusan Bangunan sebanyak RM32,425.00;
ii. Bayaran Denda Memulakan atau Memulakan Semula Pendirian Sesuatu Bangunan Dengan
Melanggar Seksyen-Seksyen (9) (Tidak Mengemukakan Borang B) sebanyak RM50,000.00.
Sehubungan itu, PTJ memohon pandangan, apakah aturan pembayaran dan dokumen yang perlu
dilampirkan, agar proses pembayaran dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Maklum balas:
BA berpandangan sekiranya terdapat keperluan ianya perlu dibayar, PTJ hendaklah memastikan peraturan
berkuatkuasa dipatuhi, termaktub klausa perjanjian dan peruntukan sedia ada mencukupi. Namun dalam
hal ini, PTJ hendaklah memastikan:
i. Keseluruhan pelaksanaan projek mematuhi prosedur kerana didapati terdapat kecuaian di peringkat
perunding arkitek seperti yang dinyatakan;
13

