Page 11 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 11
AP58(a)
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. Bayaran-bayaran bil AP58(a) bagi tahun bayaran 2023 dan 2024 tidak direkod dalam Laporan
Kedudukan Bil/ Invois AP58(a) pada sistem iGFMAS. Semakan oleh Unit Audit Dalam, KKR mendapati
bahawa Bahagian ini tidak mempunyai transaksi pembayaran AP58(a) sedangkan terdapat tiga(3)
baucar bayaran di bawah AP58(a) pada tahun 2023 dan 2024.
Maklum balas:
Dimaklumkan bahawa bagi isu ini, pihak puan dimohon untuk membuat aduan di SOLMAN.
2. Proses bayaran bagi 2 invois yang diterima ditangguhkan ketika itu kerana pemilik syarikat tersebut
telah meninggal dunia dan akaun bank syarikat dibekukan serta syarikat juga telah ditutup. Syarikat
tersebut adalah pemilikan tunggal. PTJ juga dimaklumkan bahawa pihak waris dalam proses membuat
tuntutan faraid di mahkamah bagi menuntut baki bayaran kerja ukur yang telah dilaksanakan oleh
syarikat.
Pada 25.01.2024, pihak kami telah menerima surat tuntutan daripada pihak waris mengatakan proses
faraid telah selesai dan memohon bayaran dibuat kepada pihak waris yang dinamakan.
Mohon nasihat dan pandangan berkenaan tatacara yang tepat untuk PTJ menyelesaikan bayaran
tersebut pada tahun ini dan adakah bayaran ini akan melibatkan Proses AP58(a) dan perundangan lain.
Maklum balas:
Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 – Tatacara
Pengurusan Bayaran.
Berhubung isu adakah ianya melibatkan permohonan AP58(a) dan perundangan lain bagi tujuan
pembayaran. Berdasarkan dokumen PTJ tuntutan/ invois syarikat adalah pada tahun 2023 yang mana
sekiranya ianya melibatkan peruntukan mengurus sahaja barulah PTJ mengemukakan permohonan AP58(a)
manakala dokumen sokongan bagi tujuan pembayaran adalah merujuk kepada SPANM Bilangan 5 Tahun
2023 Para 9.2 seperti berikut:
.
Bagi tujuan permohonan AP58(a) ini, terdapat dua (2) kuasa melulus di KKR iaitu Bahagian Akaun
(mempunyai baki peruntukan tahun perbelanjaan) atau Kementerian Kewangan (tiada/tidak mencukupi baki
peruntukan tahun perbelanjaan). Dalam situasi tahun ini, PTJ hendaklah mendapatkan kelulusan AP58(a)
daripada Kementerian Kewangan selaras dengan Para 3.6 dan 3.6.1 muka surat 95 pada SPANM yang sama.
Bagi permohonan AP58(a) ini, pihak tuan hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan AP58(a)
melalui Bahagian Kewangan.
8

