Page 7 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 7

KAD KREDIT KORPORAT


        BIL  PERIHAL PERTANYAAN
         1.  PTJ telah menerima invois pembelian tiket kapal terbang menggunakan Kad Kredit Korporat daripada
             Pemegang Kad Kredit Korporat yang mengandungi butiran terperinci mengenai pembelian tiket kapal
             terbang.  Adakah  pembayaran  boleh  dibuat  bagi  pembayaran  yang  dinyatakan  dalam  penyata  kad
             kredit?

             Maklum balas:

             Merujuk kepada PS 2.6 Kad Kredit Korporat Kerajaan (Kemaskini 22 November 2023) perenggan 8.4, PTJ
             hendaklah membuat bayaran perbelanjaan KKK secara sekaligus dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen
             tuntutan diterima dengan lengkap daripada Pemegang Kad Kredit Korporat.

             Sekiranya terdapat terdapat perbelanjaan yang tidak layak dibelanjakan, tindakan kutipan balik hendaklah
             dibuat  kepada  pihak  yang  terlibat.   Bahagian  ini  berpandangan  perbelanjaan  berikut  adalah  tidak  layak
             dibuat dan perlu dibuat kutipan balik, iaitu:



















                    ·        Kuning: tidak layak
                    ·        Biru: tertakluk kepada keperluan Jabatan adakah ianya diperlukan bagi tujuan urusan rasmi dan
                          ianya hendaklah mendapat kebenaran/ kelulusan Pegawai Pengawal bagi bagasi ke 10.
                    ·        Kos yang boleh dituntut oleh pegawai apabila membuat pembelian tiket penerbangan secara
                          atas talian tanpa menggunakan   WPUA, perlu rujuk WP2.5 perenggan 5.2.

             PTJ  hendaklah  merujuk  PS2.6  bagi  memastikan  perbelanjaan   penggunaan  Kad  Kredit  Korporat  kepada
             Pengeluar  Kad  adalah  untuk  urusan  rasmi  yang  dibenarkan  sahaja  dan  tertakluk  kepada  pekeliling  dan
             peraturan yang berkuat kuasa.

         2.  Terdapat 2 situasi seperti di bawah:
             Kes 1
             Seorang pegawai telah diarah untuk bertugas rasmi di  Sarawak selama tiga (3) hari dua (2) malam.
             Adakah pegawai layak membuat pembelian sewaan penginapan menggunakan kad kredit Kerajaan?

             Kes 2
             Pegawai  seorang  pemegang  Kad  Kredit  Kerajaan.  Jika  pegawai  tersebut  diarah  keluar  pejabat  atas
             tugasan  rasmi  yang  melibatkan  penerbangan  dan  sewaan  penginapan  menggunakan  kad  kredit
             kerajaan, adakah kelulusan pemegang kad kredit pada borang permohonan diluluskan oleh pegawai
             sendiri atau ketua jabatannya yang bukan pemegang kad kredit Kerajaan?

             Maklum balas:

             Kes 1
             Pada pandangan BKP,  JANM  pegawai layak  untuk  menggunakan Kad Kredit Korporat Kerajaan  walaupun
             tempoh bertugas rasmi adalah kurang daripada 5 malam. Ini adalah selaras dengan Para 2 PS 2.6 yang

                                                            4
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12