Page 10 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 10

PENETAPAN KUASA


        BIL  PERIHAL PERTANYAAN
         1.  Bahagian membuat perolehan pembelian alatan pejabat dan Pegawai A telah meluluskan Permintaan
             Pembelian (PO) di sistem eP pada 06 Mei 2024. Pihak pembekal telah membuat penghantaran alatan
             pejabat tersebut dan invois pada 15 Mei 2024. Pada 16 Mei 2024, Pegawai A telah membuat perakuan 2
             di sistem iGFMAS. Adakah pegawai yang sama layak menjadi pelulus (eP) dan peraku (iGFMAS).

             Maklum balas:

             Selaras dengan  AP  11, Penetapan Kuasa Dan  Tugas Kewangan dan  Perakaunan oleh  Pegawai Pengawal
             kepada pegawai yang bekerja di bawah seliaannya secara bertulis dan menyatakan dengan jelas setakat
             mana pegawai tersebut dibenarkan menjalankan tugas bagi pihak Pegawai Pengawal dan sekiranya berlaku
             sesuatu  luar  aturan,  Pegawai  Pengawal  sepatutnya boleh  menentukan  dengan  mudah  siapakah  yang
             bertanggungjawab, sekiranya  tidak  boleh  ditentukan,  terdapat  kemungkinan  Pegawai  Pengawal  perlu
             menggantikan kehilangan tersebut.

             BA merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan PK5.1, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)
             Bilangan 5 Tahun 2023 dan SPANM Bilangan 6 tahun 2018.

             Dalam  situasi  PTJ  ,  sekiranya  terdapat  kekangan  pegawai  di  PTJ,  pihak  puan  boleh  merujuk  kepada
             keterangan tertakluk kepada kesesuaian perjawatan PTJ masing – masing mengikut kekananan.  Berhubung
             perkara ini PTJ hendaklah memastikan penetapan kuasa ini hendaklah mengambilkira skop pengasingan
             tugas  dan  bebanan  tugas  berdasarkan  gred  jawatan  yang  diperlukan  serta  tertakluk  kepada  penetapan
             kuasa  dan  tugas  selaras  dengan  AP11.   Bagi  penurunan  kuasa  perolehan,  pihak  puan
             hendaklah memastikan penurunan kuasa melibatkan perolehan adalah selaras dengan penurunan kuasa
             terkini  yang  berkaitan.  PTJ  hendaklah  merujuk  kembali  Lampiran  C:  Garis  Panduan  Kebenaran  Khusus
             Secara Bertulis Pejabat Perakaunan dan PK 5.1 dan sebagaimana yang berikut:





























             Selain  itu,  PTJ  adalah  diingatkan  untuk  memastikan prinsip  pengasingan  tugas  hendaklah
             dipatuhi antaranya bagi meningkatkan tahap  integriti dan ketelusan proses bayaran.









                                                            7
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15