Page 5 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 5
KOD PEMBEKAL
BIL PERIHAL PERTANYAAN
1. PTJ memohon untuk BA mengemaskinikan maklumat penerima bayaran di portal iGFMAS.
Maklum balas:
Untuk makluman, kemaskini maklumat pembekal telah selesai. Selaras dengan Garis Panduan Akauntan
Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022, format Mass Upload Modul AP hendaklah ditandatangani oleh PTJ
di muka surat terakhir oleh:
i. Penyedia
ii. Penyemak (Penyelia ke atas)
iii. Pengesahan (Ketua Jabatan)
*Perakuan dan pengesahan pegawai di atas perlu dikemukakan secara hardcopy kepada Pejabat
Perakaunan.
PTJ hendaklah membuat semakan di Portal iGFMAS > Modul Data Induk > Maklumat Pembekal sama ada
maklumat telah dikemaskini. Kemudian membuat cetakan template, turunkan tandatangan di template dan
kembalikan semula kepada Bahagian Akaun (hardcopy).
2. Dokumen bayaran bagi Perakuan Akaun & Bayaran Muktamad telah disediakan oleh pejabat ini seawal
tahun 2022 lagi. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dari pihak NMO ENTERPRISE untuk
mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh pejabat ini selaras senarai semak kecukupan dokumen
bagi Bayaran Akaun & Perakuan Muktamad. Pejabat ini telah memberikan beberapa peringatan kepada
wakil syarikat dan akhirnya pad 31 Januari 2024 wakil syarikat telah mengemukakan dokumen yang
diperlukan dan memaklumkan bahawa syarikat telah TIDAK AKTIF bermula dari tahun 2021 lagi.
Seterusnya bagi tujuan bayaran, semakan dalam sistem iGFMAS telah dilaksanakan oleh pejabat ini
dan mendapati akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem eVendor adalah tidak sama dengan akaun
bank syarikat terkini. Pengemaskinian cuba dilaksanakan oleh pejabat ini bersama-sama wakil
syarikat pada 31 Jan 2024, tetapi GAGAL dikemaskinikan.
Mohon pandangan dan nasihat.
Maklum balas:
Semakan mendapati terdapat 2 kod pembekal berdaftar atas nama NMN ENTERPRISE seperti di bawah:
Kod Pembekal : 6000022342
2

