Page 4 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 4

KOD AKAUN AKRUAN


        BIL  PERIHAL PERTANYAAN
         1.  Apakah kod carta akaun akruan yang perlu digunakan bagi perolehan bidai tingkap?

             Maklum balas:

             Merujuk kepada Surat Edaran BPOPP Bilangan 6 Tahun 2023 Penyeragaman Penggunaan Kod Akaun (Carta
             Akaun Akruan - CAA), Perihal dan Modul Bayaran bilangan 376 sebagaimana yang berikut:






             PTJ  boleh  merujuk  kepada  MyCODE  sebagai  panduan  dan  rujukan  bagi  tujuan  penyediaan/  semakan
             Pesanan  Kerajaan/  Arahan  Pembayaran  dan  transaksi-transaksi  lain  yang  berkaitan.  MyCODE  ini  boleh
             diakses melalui pautan berikut: https://shorturl.at/jqTW5.

         2.  Apakah kod akaun yang sesuai bagi bayaran ini, Surat Perintah Bayaran daripada DBKL dan Bill daripada
             pihak DBKL?

             Maklum balas:

             Merujuk  SPANM  Bil.  7  Tahun  2018  Tatacara  Pengurusan  Bayaran,  Lampiran  A:  Garis  Panduan  Tatacara
             Pengurusan Bayaran, Para 4.9 Jenis Bayaran Tanpa Pesanan Kerajaan, Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan
             Kerajaan melibatkan bayaran seperti berikut: 4.9.1 Invois Tanpa Pesanan Kerajaan; Bayaran Utiliti, Saguhati
             (tidak bercukai), pelbagai bayaran balik dan bayaran lain yang diluluskan.

             Sehubungan  itu,  untuk  tujuan  pembayaran  tersebut,  BA  mencadangkan  penggunaan  modul  Arahan
             Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan serta kod akaun B0223299.






























                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9