Page 8 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 8

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             menyatakan "Selaras dengan keperluan semasa, Kementerian Kewangan Malaysia telah bersetuju untuk
             membenarkan penggunaan Kad Kredit Korporat di Kementerian/ Jabatan sebagai satu langkah penjimatan
             dan  kaedah  alternatif  untuk  memudahkan  pembayaran".  Walau  bagaimanapun,  BKP  JANM  akan
             memanjangkan  persoalan  ini  dalam  Bengkel  Pengemaskinian  GPANM  Kad  Kredit  Korporat  yang  akan
             diadakan dalam masa terdekat.

             Kes 2
             Bagi  perbelanjaan  yang  melibatkan  pemegang  Kad  Kredit  Korporat  Kerajaan,  kelulusan  pada  borang
             permohonan  boleh  diluluskan  oleh  pemegang  kad  yang  lain  (sekiranya  terdapat  beberapa  KKK  dalam
             Kementerian/ Jabatan tersebut). Sekiranya hanya seorang pemegang KKK yang diluluskan, borang tersebut
             hendaklah juga disahkan oleh penyelia/ pegawai kanan yang lain di Kementerian/ Jabatan sebagai kawalan
             dalaman untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan.
         3.  Terdapat  beberapa  persoalan  berkaitan  dengan menggunakan  kad  kredit  korporat  (KKK)  dalam
             urusan pembelian tiket kapal terbang bagi penerbangan AirAsia. Berikut adalah persoalannya:

                 i.  Adakah tiket kapal terbang Airasia boleh dibeli bersekali dengan kadar bagasi dan makanan
                     (add on) untuk pegawai sekiranya tiket tersebut dibeli menggunakan KKK?
                 ii.  Sekiranya  pembelian  tiket  Airasia  telah  dibeli  dengan  menggunakan  KKK tanpa  bagasi  dan
                     tanpa makanan pada mulanya, adakah tambahan (add on) untuk bagasi dan makanan boleh
                     dibuat dengan menggunakan KKK untuk transaksi ke 2 bagi tambahan tersebut?
                 iii.  sekiranya  persoalan  di  (ii)  tidak  boleh  dibuat  /  tidak  dibuat  dengan  menggunakan
                     KKK, adakah pegawai  layak  untuk  membuat  tuntutan  sekiranya  pegawai  membuat
                     pembayaran sendiri untuk tambahan (add on) selepas pembelian tiket telah dibuat.

             Maklum balas:

             BA  telah  merujuk  kepada Pekeliling  Perbendaharaan  WP  2.5,  PS2.6 dan Arahan  Pegawai  Pengawal
             Kementerian Kerja Raya 2023 Para 8.6.

             Merujuk  kepada       WP2.5  Para  4.  Pengurusan  Pembelian  Tiket  Kapal  Terbang,  Pegawai  Pengawal
             bertanggungjawab     memastikan peruntukan      mencukupi      sebelum     pembelian    tiket   kapal
             terbang dilaksanakan dan kaedah pembelian tiket penerbangan berdasarkan harga yang menguntungkan

             Kerajaan.  Bagi tujuan perbelanjaan Yang Dibenarkan dinyatakan di PS2.6 dan Arahan Pegawai Pengawal
             iaitu:

                 i.   Pembelian tiket kapal terbang untuk Perjalanan Rasmi dalam dan luar negara secara dalam talian
                     (online).

                ii.   Pembelian  tiket  kapal  terbang  adalah  tertakluk  kepada  kelayakan  pegawai  dan  syarat-syarat
                     sebagaimana yang ditetapkan dalam pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa.
               iii.   Pemegang  Kad  Kredit  Korporat  hendaklah  memastikan  kelulusan  bertugas  ke  luar  pejabat  telah
                     diperoleh sebelum pembelian tiket dibuat.
                iv.   Pembelian tiket kapal terbang menggunakan Kad Kredit Korporat tidak tertakluk kepada had nilai dan
                     kaedah perolehan di bawah tatacara perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa.
                v.   Pembelian tiket kapal terbang digalakkan dibuat menggunakan kategori harga fleksibel (flex fare)
                     yang  membolehkan  penukaran  tiket  dibuat  sekiranya  diperlukan.  Pembelian  tiket  kapal  terbang
                     kategori  basic  fare  hanya  digalakkan  bagi  perjalanan  yang  diyakini  tidak  melibatkan  pertukaran
                     tarikh atau masa, sebagai contoh pembelian pada saat akhir.



                                                            5
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13