Page 19 - FAQ (PERAKAUNAN DAN KEWANGAN)
P. 19

BIL  PERIHAL PERTANYAAN

             Perenggan 4 tetapi tiada dinyatakan berkenaan diskaun dan rebat. Apakah jumlah kelayakan pegawai
             tersebut?

             Maklum balas:

             Rebat adalah tertakluk kepada pakej/ polisi yang ditentukan oleh syarikat kemudahan telefon yang diperolehi
             oleh pegawai. Oleh itu, tiada maklumat tersebut dinyatakan dalam Pekeliling Kerajaan.

             Merujuk  kepada WP  2.2  (Peraturan  Mengenai  Kemudahan  Alat  Komunikasi  Mudah  Alih)  di  Perenggan  4,
             pegawai layak dibayar berdasarkan kelulusan dan resit sebenar yang tidak melebihi kadar yang telah
             ditetapkan.  Bagi  situasi  ini,  BA  berpandangan,  caj  yang  layak  dibayar  adalah  sebanyak  RM200.00
             berdasarkan had kelayakan kerana bil telefon setelah ditolak rebat adalah sebanyak RM210.00.
















        10.  Pada tahun 2023 PTJ A telah mengeluarkan Inden Kerja melalui sistem iGFMAS No.53000009 bagi Kerja
             Pengalihan  dan  Pemasangan  Utiliti  TNB  Projek  Hospital  Parit  Buntar  berjumlah RM755,156.00  dan
             tempoh  kerja  adalah  mulai  27.07.2023  sehingga  19.10.2023.  Walau  bagaimanapun  Kemajuan  Kerja
             hanya  dapat  disiapkan  sebanyak  30%  pada  tahun  2023. Pejabat  ini  telah  membuat  Pengurangan/
             Perubahan  Inden  dan  memproses  bayaran  kemajuan  inden  kerja  berjumlah  RM113,850.00  pada
             08.12.2023 no rujukan dokumen 12000961. Pejabat ini tidak membuat proses Penutupan Akhir Tahun
             (PAT)  bagi  Inden  Kerja  berkenaan  kerana  Baki  Peruntukan  tahun  2023  tidak  mencukupi  dan  pihak
             kementerian pelanggan (KKM) tidak dapat menyalurkan peruntukan dalam tempoh PAT 2023.

             PTJ telah menerima pertanyaan daripada Bahagian Pengurusan Projek 1 PTJ A berkenaan bayaran baki
             kerja  projek  seperti  di  atas.  Sehubungan  dengan  itu,  pejabat  ini  ingin  memohon  khidmat  nasihat
             daripada Seksyen Perunding Bahagian Akaun KKR berhubung tatacara/ prosedur kewangan yang boleh
             digunakan oleh pejabat ini bagi tujuan proses pembayaran selanjutnya.

             Maklum balas:

             Kementerian  Kewangan  Malaysia  (MOF)  telah  mengeluarkan  surat  edaran  mengenai  penambahbaikan
             Proses kelulusan bagi Permohonan Pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (ITPK) melalui surat
             MOF.BPK(S)600-14/28/2(6) bertarikh 25 November 2022 melibatkan perolehan bekalan dan perkhidmatan.
             Susulan itu, MOF juga telah memutuskan penurunan kuasa tersebut dipanjangkan kepada perolehan kerja
             Kerajaan melalui surat MOF.BPK(S)600-14/28/2(7) bertarikh 3 Januari 2024 dengan ketetapan seperti yang
             berikut:

             a.     Pegawai Pengawal diberi penurunan kuasa untuk meluluskan pembayaran melalui inden kerja manual
                  sehingga nilai kumulatif mencapai RM1 juta bagi setiap projek;

             b.     Kelulusan pembayaran adalah bagi tahun semasa dan setahun sebelum sahaja; dan


             c.   Permohonan yang tidak memenuhi syarat di perenggan a) dan b) hendaklah dikemukakan kepada Jabatan
                  Akauntan Negara untuk pertimbangan dan kelulusan.




                                                           16
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24