Page 112 - index
P. 112
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
iv. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2005 Garis
Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama atau Key
Performance Indicators (KPI) dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi di
Agensi Kerajaan
v. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan yang
berkuat kuasa
vi. Surat Akauntan Negara Malaysia bertarikh 17 Januari 2023 – Makluman
Perubahan Garis Masa Pelaksanaan Perakaunan Pengurusan di Kerajaan
Persekutuan
vii. Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bil 2 Tahun 2021:
Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Risiko
viii. Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bil 5 Tahun 2021:
Pengekosan
ix. Manual Pengguna Sistem MyCOST dan iGFMAS
x. Peraturan lain berkaitan yang berkuat kuasa
22.2 TADBIR URUS SMARt
22.2.1 Bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh dan berkesan di peringkat
nasional dan Kementerian, dua (2) jawatankuasa induk telah ditubuhkan di JANM
iaitu:
22.2.1.1 Jawatankuasa PEMANDU Perakaunan Pengurusan;
22.2.1.2 Jawatankuasa Kerja Perakaunan Pengurusan (JKPP)
22.2.2 Di peringkat pusat, JKPP Perakaunan Pengurusan akan merancang,
menyediakan polisi dan menambah baik garis panduan, program latihan serta
sistem sokongan automasi untuk diluluskan oleh Jawatankuasa PEMANDU
sebelum diguna pakai oleh semua Kementerian. Di peringkat Kementerian,
Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan berfungsi untuk memantau
pelaksanaan SMARt dan melaporkan status pelaksanaan setiap suku tahun
kepada JKPP. Hubung kait di antara jawatankuasa tersebut, dipaparkan dalam
Rajah 4 di bawah:
Rajah 4 : Struktur Tadbir Urus Pelaksanaan SMARt
111

