Page 109 - index
P. 109

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


























                       Rajah 1 : Penggunaan Data Kewangan dan Bukan Kewangan dalam Pelaksanaan
                                                                 SMARt

                      22.1.5  Prinsip  SMARt  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Rajah  2  perlu  menjadi  teras
                              kepada  Kementerian  dalam  menetapkan  nilai  asas,  kualiti  dan  norma  kepada
                              pelaksanaan perakaunan pengurusan yang mengutamakan penciptaan nilai ke
                              atas sumber yang telah digunakan.
















                                                        Rajah 2 : Prinsip SMARt

                       22.1.6 Kerangka  SMARt  seperti  di  Rajah  3  menjelaskan  hubungan  di  antara  data
                              perbelanjaan yang ditanggung bagi Program/Aktiviti untuk menghasilkan output,
                              keberhasilan  atau  impak  dengan  proses  analisis  dan  pembuatan  keputusan.
                              Analisis yang dibuat berdasarkan maklumat yang lebih lengkap dan bukti yang
                              kukuh  akan  menghasilkan  pembuatan  keputusan  yang  lebih  tepat  dengan
                              merangkumi  pengurusan  belanjawan,  kawalan  perbelanjaan  dan  pengurusan
                              prestasi sama ada di peringkat Kementerian atau Kerajaan Persekutuan.

                       22.1.7 Oleh  itu,  jalinan  data  kewangan  dan  bukan  kewangan  yang  sistematik  dan
                              mantap  bagi  setiap  Program/Aktiviti  dalam  Perakaunan  Pengurusan  adalah
                              penting  dalam  pembuatan  keputusan.    Inisiatif  secara  kolektif  ini  akan  dapat
                              membantu  Kerajaan  dalam  mengurus  kewangan  awam  yang  berhemat  dan
                              menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan (sustainable).


                                                                                                          108
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114