Page 104 - index
P. 104

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               20.5  Memastikan  bayaran  emolumen  adalah  pertanggungan  yang  sepatutnya  kepada  item
                       berikut:
                       i.  Kod Pegawai Pengawal;
                       ii.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Pembayar;
                       iii.  Pusat Pembayar; dan
                       iv.  Program/Aktiviti atau Projek atau akaun yang dinyatakan.

               20.6  PTJ/  PC  hendaklah  memastikan  proses  penyediaan  dokumen  untuk  pembayaran
                       emolumen  dibuat  mengikut  Jadual  Tarikh  Proses  Gaji  yang  ditetapkan  oleh  Pejabat
                       Perakaunan (AO).

               20.7  PTJ  perlu  mengunci  masuk  maklumat  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320–Pin.1/2019)
                       yang telah disahkan ke dalam Sistem Emolumen Berkomputer. Pastikan maklumat yang
                       dikunci masuk tepat dan betul.

               20.8  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320  Pin.1/2019)  perlu  disediakan  oleh  PTJ/  PC  bagi
                       mewujud, meminda atau membatal maklumat peribadi, emolumen dan potongan (tidak
                       melibatkan pengemaskinian secara automatik) di dalam Sistem Emolumen Berkomputer
                       berasaskan dokumen sokongan berkaitan.

               20.9  Penyedia, penyemak dan pengesah perlu memastikan:
                       i.  Maklumat yang dikunci masuk dalam Sistem Emolumen Berkomputer adalah tepat dan
                          betul;
                       ii.  Pengiraan dan amaun bayaran adalah tepat dan betul;
                       iii.  Tarikh mula dan tarikh akhir bayaran adalah tepat dan betul; dan
                       iv.  Ruangan ‘Disahkan/ Disemak/ Disahkan oleh’ PTJ dilengkapkan.

               20.10  Pegawai  Penyemak  bertanggungjawab  menyemak  dan  mengesahkan  Laporan  Edit
                       Pembayaran  Gaji  dengan  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320–Pin.1/2019)  bagi
                       memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul.

               20.11  Melaksanakan  simulasi  larian  gaji  sehingga  error  free  (tiada  isu  data)  semasa  larian
                       simulasi selesai, sebelum mengemukakan data tersebut melalui sistem kepada AO dan
                       Pegawai Peraku bertanggungjawab menyemak Laporan Simulasi Payroll.

               20.12  Penyedia  pada  Sistem  HCM  iGFMAS  hendaklah  mengunci  masuk  maklumat  Borang
                       Perubahan  Gaji  (Kew.320-Pin.  1/2019)  yang  telah  disahkan.  Pastikan  maklumat  yang
                       dikunci masuk tepat dan betul.

               20.13  Pegawai  Penyemak  pada  Sistem  HCM  iGFMAS  bertanggungjawab  menyemak  dan
                       mengesahkan Laporan Edit Pembayaran Gaji dengan Borang Perubahan Gaji (Kew.320-
                       Pin. 1/2019) bagi memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul.





                                                                                                          103
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109