Page 102 - index
P. 102

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       penggunaan kod pembekal – one time vendor (OTV) bagi pembayaran di iGFMAS iaitu
                       sebanyak 3 kali sahaja.

               18.14  Sehubungan dengan itu, PTJ perlu memastikan :

                         i.   Semua Arahan Pembayaran yang dibuat hendaklah menggunakan maklumat Data
                              Induk Pembekal iGFMAS seperti yang ditetapkan dalam Sistem iGFMAS.
                        ii.   Pembayaran kepada penjawat awam yang telah mempunyai kod pembekal EMP
                              TIDAK  menggunakan  kod  pembekal  OTV.  Pegawai  Penyedia,  Peraku  1  dan
                              Peraku 2 bertanggungjawab memastikan perkara ini dipatuhi.
                        iii.   PTJ hendaklah memastikan penggunaan kod OTV hanya terhad kepada kategori
                              OTV yang diwujudkan di dalam julat nombor 10000 hingga 19999 (rujukan MPK
                              iGFMAS: Pengurusan Data Vendor – One Time Vendor (OTV) – MPK VEND-11).
                              Nombor akaun penerima bayaran yang dikunci masuk di dalam medan no akaun
                              bank  bagi  penerima  bayaran  OTV  pada  Arahan  Pembayaran  hendaklah
                              berdasarkan  penyata  bank  yang  disahkan  dan  dilampirkan.  Pegawai  Penyedia,
                              Peraku  1  dan  Peraku  2  bertanggungjawab  memastikan  maklumat  akaun  bank
                              penerima  bayaran  OTV  adalah  bertetapan  dengan  berdasarkan  dokumen
                              sokongan yang dilampirkan.
                        iv.   Pejabat Perakaunan perlu menyemak lanjut dengan PTJ dan mengkuiri (sekiranya
                              perlu)  bagi  mana-mana  perihal  yang  melibatkan  pembayaran  kepada  penjawat
                              awam (contoh: gaji / elaun / tuntutan perjalanan / elaun lebih masa dan lain-lain)
                              yang  telah  mempunyai  maklumat  kod  pembekal  EMP,  namun  PTJ  masih
                              menggunakan kod pembekal OTV.

               18.15  Pemakluman pengwujudan kod vendor agensi pukal baharu bagi SPANCO Sdn Bhd (CA
                       2) telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022 dimana tempoh bagi konsesi ini adalah bagi
                       tempoh 15 tahun yang akan berakhir 31 Julai 2037.

               18.16  Konsesi SPANCO CA 2 ini berbeza dengan sebelum ini di mana ianya diperakaunkan
                       sebagai  Pajakan  Kewangan  dan  akan  menggunakan  kod  vendor  yang  baharu  iaitu
                       2000000039.    Sehubungan  itu,  semasa  mewujudkan  akaun  pukal  bagi  kenderaan
                       tersebut, berikut adalah kod akaun yang akan terlibat:

                       Sewa Kenderaan             Sewa Kenderaan Konsesi Spanco           B0224305
                       (Akaun     pukal    bagi  Cukai  Perkhidmatan  Atas  Kos  B0224306
                       setiap kenderaan)          Sewa Kenderaan Konsesi Spanco
                       Penyelenggaraan            Kenderaan Konsesi Spanco                B0228307
                       Kenderaan                  Cukai       Perkhidmatan          Kos  B0228308
                       (Akaun  pukal  hanya  Pembaikan              &       Sengaraan
                       sekali              bagi  Konsesi Spanco
                       keseluruhan     pajakan
                       sewaan)

               18.17  Bagi mengakaun dan melaporkan transaksi kewangan dan perakaunan asas akruan PTJ
                       boleh merujuk Penyelarasan Kod Carta Akaun Akruan (CAA) kemaskini September 2022

                                                                                                          101
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107