Page 97 - index
P. 97

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               16.13  Penyelia hendaklah menyemak dan memperakui ketepatan serahan terimaan dengan
                       menurunkan tandatangan pada Laporan Serahan Wang.


               16.14  Penyata  Pemungut  hendaklah  disediakan  dan  dibuat  Peraku  I  dan  Peraku  II  seperti
                       berikut:
                       16.14.1 Penyata Pemungut Jenis C – Pungutan Diperbankkan dan Diperakaunkan (bagi
                                terimaan di kaunter/ mel)

                       16.14.2 Penyata  Pemungut  Jenis  D  –  Pungutan  yang  Diperakaunkan  Sahaja  (bagi
                                terimaan EFT)


               16.15  Semua  terimaan  di  kaunter/  mel  hendaklah  dimasukkan  ke  bank  dengan  membawa

                       bersama Penyata Pemungut (Jenis C) yang telah dibuat Peraku I dan Peraku II seperti
                       berikut:
                       16.15.1 Hari yang sama bagi terimaan wang kertas dan duit syiling melebihi RM1,000;

                       16.15.2 Hari yang sama bagi jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, cek dan
                                kiriman wang) melebihi RM2,500; atau


                       16.15.3 Hari  yang  sama  bagi  wang  kertas  dan  duit  syiling  melebihi  RM3,000  bagi
                                terimaan di luar negeri; dan

                       16.15.4 Hari yang sama bagi jumlah terimaan (termasuk wang kertas, duit syilling dan
                                cek melebihi RM4,000 bagi terimaan dari luar negeri.

                       16.15.5 Tidak lewat satu (1) minggu dari tarikh terima bagi cek termasuk kiriman wang
                                dan draf bank.


               16.16  Jika  wang  pungutan  lewat  diterima  atau  diterima  pada  hari  cuti,  tugas  ini  hendaklah
                      dilakukan pada hari kerja yang berikutnya. Walau bagaimanapun, terimaan melalui cek
                      termasuk kiriman wang dan draf bank mestilah dibayar masuk tidak lewat dari satu (1)
                      minggu dari tarikh terima.

               16.17  Pada hari terakhir bekerja dalam bulan tersebut atau dalam apa-apa tempoh akaun
                       yang lebih singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Akauntan Negara, PTJ/ PP

                       hendaklah memastikan semua terimaan tanpa mengambil kira jumlah telah dimasukkan
                       ke bank.




                                                                                                           96
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102