Page 96 - index
P. 96

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                          notis e-Maklum/ pengesahan bertulis yang diterima daripada Pejabat
                                          Perakaunan.


               16.5  PTJ/ PP hendaklah memastikan Resit Rasmi dikeluarkan kecuali bagi pembayaran yang
                       dibuat oleh pegawai awam dengan cara potongan pada baucar. Jika pembayar hadir
                       sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya dan jika terimaan melalui pos atau
                       penghantar, Resit Rasmi mestilah disediakan pada hari itu juga dan dihantar selewat-
                       lewatnya pada hari bekerja berikutnya.

               16.6  Bagi  terimaan  melalui  EFT,  Resit  Rasmi  hendaklah  disediakan  apabila  menerima

                       pengesahan  bertulis  mengenai  transaksi  daripada  Pejabat  Perakaunan  dan  disokong
                       dengan notis e-Maklum. Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan oleh PTJ/ PP pada tarikh
                       terima notis e-Maklum/ tarikh pengesahan bertulis daripada Pejabat Perakaunan.

               16.7  Sekiranya Resit Rasmi asal tidak dapat dikeluarkan atas sebab-sebab teknikal, Resit
                       Rasmi  salinan  hendaklah  dicap  ASAL  dan  diperaku  sah  oleh  Ketua  Jabatan  atau
                       pegawai yang menerima Penetapan Kuasa dan Tugas.


               16.8  Selaras dengan AP62, meminda Resit Rasmi adalah dilarang. Jika disebabkan sesuatu,
                       Resit Rasmi itu rosak dan tidak boleh dikeluarkan, ia tidak boleh dimusnahkan tetapi
                       hendaklah dibatalkan dan disimpan. Resit Rasmi hanya boleh dibatalkan oleh pegawai
                       yang diberi Penetapan Kuasa Dan Tugas dan Kebenaran Khusus secara bertulis. Resit
                       Rasmi  batal  tersebut  beserta  salinannya  dan  Laporan  Resit  Rasmi  Batal  hendaklah
                       dikemukakan untuk diaudit.


               16.9  Pembatalan Resit Rasmi asal hendaklah dibuat melalui Baucar Jurnal. Penyedia Baucar
                       Jurnal pembatalan Resit Rasmi hendaklah berbeza dengan pegawai yang mengeluarkan
                       Resit Rasmi.

               16.10  Resit Rasmi asal yang dibatalkan hendaklah ditandakan sebagai BATAL dan salinannya

                       perlu dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian semasa mengemukakan DAT
                       bulanan bagi tujuan pengauditan.
               16.11  Juruwang hendaklah memastikan wang tunai/ deraf bank/ wang pos/ kiriman wang/ cek
                       diserahkan  kepada  Penyelia  dengan  amaun  dan  bilangan  yang  betul  seperti  dalam
                       Laporan Serahan Wang.

               16.12  Juruwang hendaklah memastikan serahan terimaan kepada Penyelia dilakukan pada hari
                       terimaan dibuat.

                                                                                                           95
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101