Page 95 - index
P. 95
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
iii. Kemukakan Borang Penentusahan Rekod Kewangan dan Perakaunan
(Kewangan - Arkib 13/08) kepada Arkib Negara Malaysia, Jabatan Audit
Negara dan Bahagian Akaun, Kementerian Kerja Raya dalam tempoh satu (1)
bulan selepas pemusnahan dilaksanakan.
16 PENGURUSAN TERIMAAN
16.1 PTJ/ PP hendaklah memastikan hanya pegawai yang diberi Penetapan Kuasa Dan
Tugas oleh Pegawai Pengawal di bawah AP11 dan Kebenaran Khusus Secara Bertulis
sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan tugas berkaitan tatacara pengurusan
terimaan.
16.2 Pengasingan dan pusingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
integriti dan ketelusan proses terimaan.
16.3 PTJ/ PP hendaklah memastikan invois dikeluarkan kepada pelanggan bagi transaksi
jualan/ perkhidmatan yang diberikan di mana terimaan akan diperakaunkan kepada kod
akaun hasil selaras dengan MPSAS 9 Hasil Daripada Urus Niaga Pertukaran.
16.4 Kaedah terimaan yang dilaksanakan di KKR adalah seperti berikut:
16.4.1 Kutipan di kaunter/ secara mel
Terimaan yang diterima melalui saluran kaunter atau mel (pos atau penghantar)
menggunakan mod terimaan seperti tunai, deraf bank/ banker’s cheque, kiriman
wang, wang pos dan cek (Cek Persendirian adalah tidak dibenarkan).
16.4.2 Pindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) oleh Agensi
Kerajaan
16.4.2.1 Resit Rasmi hendaklah disokong dengan notis e-Maklum/ pengesahan
bertulis yang diterima daripada Pejabat Perakaunan.
16.4.2.2 PTJ/ PP hendaklah menyediakan Resit Rasmi apabila menerima
pengesahan bertulis mengenai transaksi daripada Pejabat
Perakaunan.
16.4.2.3 Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan oleh PTJ/ PP pada tarikh terima
notis e-Maklum/ tarikh pengesahan bertulis daripada Pejabat
Perakaunan
16.4.2.4 Penyata Pemungut (Jenis D- Diperakaukan sahaja, Kod Akaun -
A0122101 Wang Tunai Belum Dibankkan) hendaklah disokong dengan
94

