Page 90 - index
P. 90
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.15 Penutupan Akhir Tahun
13.15.1 PTJ hendaklah pastikan semua transaksi PWR telah selesai dan disempurnakan
sepenuhnya.
13.15.2 PTJ perlu menjana dan mencetak empat (4) Sijil Perakuan Panjar mulai 31
Disember 2023 melalui portal iGFMAS. Sijil Perakuan Panjar hendaklah
ditandatangan oleh pegawai yang diberi kuasa dan dicap rasmi Jabatan dan
dikemukakan ke Bahagian Akaun sebelum atau pada tarikh yang akan
ditetapkan dalam surat penutupan akaun.
14 PENGHANTARAN DOKUMEN AUDIT TERIMAAN
14.1 Selaras dengan AP 139, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Akauntan Kementerian
memastikan supaya pemantauan dan penyeliaan hasil dilakukan. Sehubungan itu,
menjadi tanggungjawab BA Kementerian untuk memastikan PP menghantar DAT dalam
tempoh sepuluh (10) hari selepas akhir tiap-tiap bulan (AP 145).
14.1 Senarai DAT yang perlu dihantar/muatnaik secara serahan tangan/ e-mel/ faksimili/
iAREF adalah seperti berikut:
a. Penyata Pengesahan DAT (setiap bulan) (Kew. 253E Pin 1/18);
b. Resit Kew. 38 (salinan audit - jika ada);
c. Resit Asal yang dibatalkan dan salinan audit Kew. 38 serta Laporan Resit Batal
(jika ada);
d. Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai
Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP 11) (jika ada perubahan);
e. Senarai Kadar Hasil (jika ada perubahan);
f. Borang Terimaan dan Keluaran Borang-Borang Hasil - Kew. 67 (jika ada);
g. Penyata Mengenai Borang-Borang Hasil Yang Dikawal yang dicatatkan
dengan baki stok Resit Rasmi dan borang kawalan hasil yang lain - Kew. 68
(jika ada).
14.2 Jika tiada kutipan dibuat dalam tempoh tersebut, dokumen yang perlu dikemukakan
secepat mungkin dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas akhir tiap-tiap bulan adalah:
a. Penyata Pengesahan DAT (Kew. 253E Pin 1/18) / Penyata Terimaan Bulanan
Diserahkan Untuk Audit (Kew. 253-Pin.1/17)
b. Borang Terimaan dan Keluaran Borang-Borang Hasil (Kew. 67)
c. Penyata Mengenai Borang-Borang Hasil Yang Dikawal yang dicatatkan dengan baki
stok Resit Rasmi dan borang kawalan hasil yang lain (Kew. 68), dan
89

