Page 86 - index
P. 86
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.10.3 Borang AK52 yang telah diluluskan tidak boleh dikemaskini. Sekiranya
terdapat kesilapan atau perubahan pada Borang AK52, kunci masuk semula
Borang AK52 yang baru.
13.11 Pembayaran – Baucar Kecil (Kew.50E)
13.11.1 Baucar Kecil (Kew.50E) dikunci masuk melalui menu Panjar-Pembayaran
dengan mempertanggungkan kod program/ aktiviti PTJ dan kod akaun
perbelanjaan seperti contoh di bawah:
13.11.2 Baucar Kew.50E yang disediakan hendaklah diperaku dalam bulan yang
sama. Jika PTJ terlupa atau terlewat untuk memperaku pada bulan yang sama,
Kew.50E tersebut perlu dibatalkan dan kunci masuk semula pada bulan baru.
13.12 Rekupmen PWR
13.12.1 PTJ perlulah membuat rekupmen PWR melalui sistem iGFMAS di menu
Panjar-Rekupmen sekurang-kurang satu (1) kali pada setiap bulan.
Rekupmen PWR boleh dibuat secara auto atau secara manual.
13.12.2 Sistem iGFMAS akan mewujudkan baucar rekupmen secara auto apabila
perbelanjaan PWR telah mencapai 70% daripada amaun apungan di dalam
sistem.
13.12.3 PTJ juga boleh membuat rekupmen PWR secara manual di menu Panjar-
Rekupmen. PTJ hanya perlu klik butang ‘Hantar ke AP’ dan sistem iGFMAS
akan mewujudkan baucar Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar.
13.12.4 Baucar Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar boleh dicapai melalui Menu
Pengurusan Arahan Pembayaran-Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan
Kerajaan. Cari Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar yang telah diwujudkan
85

