Page 83 - index
P. 83
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
4. Pembelian yang tidak dijeniskan sebagai Aset (Harta Modal dan Aset Bernilai Rendah
di bawah peruntukan Objek Am 30000).
5. Sekiranya bekalan atau perkhidmatan telah dirancang dan perbelanjaannya telah
diambil kira dalam Buku Bajet Tahunan Jabatan, maka bekalan atau perkhidmatan
tersebut hendaklah dibeli melalui Pesanan Kerajaan, pengecualian hanya bagi kes
segera atau kecemasan sahaja. Ini bermakna perbelanjaan tersebut tidak berulang-
ulang setiap bulan dan menjadi amalan pembayaran melalui PWR.
6. Belanja perjalanan yang tidak melibatkan Borang Tuntutan Perjalanan kepada
pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan seperti perbelanjaan minyak kereta,
bayaran tol dan bayaran meletak kereta.
7. Tuntutan perjalanan pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri dan tuntutan
elaun lebih masa adalah tidak dibenarkan dibayar melalui PWR.
13.3 Perbelanjaan melalui Panjar Wang Runcit hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan/
Pegawai yang diberikan kuasa oleh Ketua Jabatan untuk memastikan perbelanjaan
menggunakan PWR adalah segera dan mendesak dengan menggunakan borang seperti
di LAMPIRAN XIIV.
13.4 Ketua Jabatan perlu bertanggungjawab terhadap kelulusan ini dan melakukan
pemantauan bagi memastikan tatacara pengurusan panjar wang runcit dipatuhi.
13.5 Had amaun bagi apungan PWR bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) ditetapkan
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 10.8 – Panduan Had Amaun Panjar
Wang Runcit yang berkuat kuasa seperti berikut:
PERINGKAT AMAUN (RM)
Peringkat Kementerian RM5,000
Peringkat Ibu Pejabat Jabatan RM3,000
Pejabat di peringkat Negeri RM2,000
Pejabat di peringkat Daerah RM1,000
13.6 Permohonan Mewujudkan Akaun Panjar
13.6.1 PTJ mengemukakan permohonan mewujudkan PWR yang lengkap kepada
Bahagian Akaun Kementerian dengan memenuhi syarat berikut:
i. Pemegang Panjar adalah berstatus PTJ dan merupakan Pemegang Waran
Peruntukan;
ii. Peruntukan adalah mencukupi (rujuk Laporan Kedudukan Vot/ Dana); dan
82

