Page 85 - index
P. 85

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


                       13.8.2  Sekiranya  penggunaan  Panjar  tidak  selaras  dengan  keperluan  maksud
                                perbelanjaan, atau mendapati amaun apungan sedia ada melebihi perbelanjaan
                                Panjar  PTJ,  Pemegang  Panjar  hendaklah  memohon  pengurangan  apungan
                                Panjar.

                       13.8.3  Sekiranya  tiada  keperluan  penggunaan  Panjar,  Pemegang  Panjar  hendaklah
                                memohon penutupan akaun Panjar.

                       13.8.4  PTJ  bertanggungjawab  mengemukakan  permohonan  pengurangan  apungan/
                                penutupan PWR yang lengkap kepada Bahagian Akaun.

                       13.8.5  Surat Permohonan hendaklah mengandungi maklumat dan dokumen sokongan
                                berikut:
                                i.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Membayar;
                                ii.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung;
                                iii.  Kod Pejabat Perakaunan;
                                iv.  ID Panjar;
                                v.  Kod Vendor Panjar;
                                vi.  Cadangan had apungan PWR baharu (permohonan pengurangan apungan);
                                vii. Justifikasi permohonan;
                                viii. Penyataan sokongan daripada Bahagian Akaun; dan
                                ix.  Dokumen lain yang berkaitan.

               13.9  ID Panjar

                       13.9.1 Setiap PTJ yang telah diluluskan apungan panjar mempunyai ID Panjar masing-
                              masing.
                       13.9.2 Setiap transaksi PWR akan menggunakan ID Panjar ini.

               13.10  Borang AK52

                       13.10.1       Permohonan kelulusan kuasa tetap PWR (Borang AK52) hendaklah dikunci
                              masuk dan dicetak melalui sistem iGFMAS di menu Panjar-Laporan-Surat Kuasa
                              sebelum dihantar ke Bahagian Akaun untuk kelulusan.

                       13.10.2       Borang  AK52  yang  telah  lengkap  hendaklah  dikemukakan  ke  Bahagian
                              Akaun sebanyak empat (4) salinan untuk kelulusan.






                                                                                                           84
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90