Page 80 - index
P. 80

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       12.6.2    Sehubungan  itu,  beberapa  langkah-langkah  perlu  diambil  oleh  PTJ  bagi
                                memastikan nilai ABT KKR dapat dikurangkan ke paras yang minima. Antara
                                langkah-langkahnya adalah:

                                12.6.2.1  Pegawai  yang  ingin  membuat  permohonan  cuti  tanpa  gaji  perlu
                                           mengemukakan  permohonan  tersebut  kepada  BPSM  selewat-
                                           lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh kuat kuasa cuti tanpa gaji
                                           bagi  mengelakkan  emolumen  terlebih  bayar.  Setelah  kelulusan
                                           diperolehi, kelulusan tersebut dikemukakan dengan segera oleh unit
                                           sumber  manusia  kepada  unit  gaji  Bahagian/  Jabatan  bagi
                                           membolehkan  tindakan  keluar  sistem  sementara  (tahan  gaji)  dibuat
                                           berdasarkan  dokumen  sokongan  yang  lengkap.  Sekiranya  tindakan
                                           keluar sistem sementara (tahan gaji) tidak sempat dilakukan kerana
                                           melepasi  tempoh  akhir  kunci  data  gaji,  Unit  Kewangan  setiap
                                           Bahagian/  Jabatan  perlu  mengemukakan  permohonan  tahan  gaji
                                           kepada Seksyen Gaji, Bahagian Akaun bagi memastikan emolumen
                                           tidak dibayar kepada pegawai.

                      12.6.3    Arahan  penahanan  gaji  juga  hendaklah  dibuat  bagi  mengelakkan  emolumen
                                terlebih bayar kepada pegawai yang dikenakan tindakan seperti di bawah:

                                 (i)   Pegawai yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah - dokumen yang
                                      diperlukan bagi tujuan tahan gaji adalah:
                                       a- Surat Arahan Hukuman Mahkamah.
                                       b- Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                                          (Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan
                                          Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96).

                                 (ii)  Pegawai  yang  telah  dikenakan  hukuman  tatatertib  -  dokumen  yang
                                      diperlukan bagi tujuan tahan gaji adalah:
                                       a- Surat Arahan Hukuman Tatatertib daripada Lembaga Tatatertib.
                                       b- Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                                          (Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan
                                          Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96)

                                 (iii)  Pegawai yang dalam proses tindakan tatatertib - dokumen yang diperlukan
                                      bagi tujuan tahan gaji adalah:
                                       a- Surat permohonan Ketua Jabatan.
                                       b- Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                                          (Kew.8-Pin.10/96) sekiranya penahanan gaji ini melibatkan perubahan
                                          pada pendapatan pegawai.

                                 (iv)  Pegawai  yang  tidak  hadir  bertugas  tanpa  kebenaran  -  dokumen  yang
                                      diperlukan bagi tujuan tahan gaji adalah:
                                       a- Surat permohonan Ketua Jabatan.




                                                                                                           79
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85