Page 75 - index
P. 75

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        12     PENGURUSAN           AKAUN       BELUM       TERIMA       (ABT)     DAN      LANGKAH-LANGKAH
               MENGURANGKAN ABT

               12.1  MEWUJUDKAN TATACARA PERAKAUNAN ABT

                       12.1.1 Setiap  tunggakan  ABT  perlu  direkodkan  dengan  teratur  supaya  pegawai  yang
                              melaksanakan kutipan dapat memantau jumlah ABT yang terkini dan mengambil
                              tindakan  yang  sewajarnya  berdasarkan  maklumat  di  dalam  rekod  berkenaan.
                              Amaun ABT dan Tunggakan hendaklah dibezakan. Akaun Subsidiari dan Akaun
                              Kawalan yang diwujudkan hendaklah mampu membezakan ABT dan Tunggakan.

                       12.1.2 Bagi tujuan itu, Ketua Jabatan hendaklah mewujudkan rekod perakaunan ABT
                              seperti  yang  digariskan  oleh  AP89A,Pekeliling  Perbendaharaan  dan  Surat
                              Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019 serta memastikan
                              rekod sentiasa dikemas kini.

               12.2  TANGGUNGJAWAB MENGUTIP TUNGGAKAN ABT

                       12.2.1 Arahan     Perbendaharaan        –    AP53     menyatakan       Pegawai      Pengawal
                              bertanggungjawab  melaksanakan  kewajipan  kewangan  Kementerian  masing  –
                              masing dengan sempurna bagi memungut dengan sewajarnya segala Wang Awam
                              yang  patut  diterima  oleh  atau  di  bawah  arahan  mereka  dan  bertanggungjawab
                              sekiranya  akaun  yang  dikemukakan  oleh  mereka  atau  di  bawah  kuasa  mereka
                              didapati tidak betul.

                       12.2.2 Arahan  Perbendaharaan  -  AP89A(b)  pula  mempertanggungjawabkan  Pegawai
                              Pengawal dan semua PTJ (Pemungut) bagi mengambil tindakan untuk memungut
                              semua  ABT.  Sebarang  hutang  lapuk  untuk  dihapuskira  hendaklah  mematuhi
                              Arahan Perbendaharaan - AP328.

                       12.2.3 Sehubungan  itu,  Ketua  Jabatan  dan  pegawai  yang  melaksanakan  kutipan
                              tunggakan  ABT  di  Bahagian/  Jabatan  hendaklah  melaksanakan  usaha
                              mendapatkan kembali hutang secara giat dengan menggunakan semua saluran
                              yang ada seperti berikut:
                               i.  Mengesan alamat terkini dan status penghutang/ syarikat menerusi agensi–
                                  agensi Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan
                                  Jalan,  Jabatan  Imigresen  Malaysia,  Suruhanjaya  Syarikat  Malaysia,
                                  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-
                                  lain;
                               ii.  Mengesan rekod keluar masuk negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia
                                  dan Wisma Putra sekiranya perlu;
                               iii.  Menghantar  surat–surat  peringatan  bayaran  hutang  kepada  alamat
                                  penghutang yang dikenal pasti dengan konsisten dan kerap;
                               iv.  Menyemak status kebankrapan individu atau penggulungan syarikat dengan
                                  Jabatan Insolvensi Malaysia;




                                                                                                           74
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80