Page 70 - index
P. 70

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               11.3  AP143(c)  telah  menetapkan  arahan  berkaitan  Penyesuaian  Akaun  Vot,  Hasil  dan
                       Amanah. PTJ perlu menyemak laporan bagi memastikan transaksi telah diperakaunkan
                       dengan  betul dan  tepat  kepada  Program/  Aktiviti/  Amanah/  Pembangunan/  Hasil.  Jika
                       terdapat perbezaan transaksi, PTJ hendaklah mengambil tindakan membuat pelarasan
                       yang sewajarnya.

               11.4  Dalam  pelaksanaan  iGFMAS,  PTJ  menguruskan  transaksi  bagi  bayaran,  terimaan,
                       amanah dan deposit dalam persekitaran berikut di Lampiran I-1 iaitu SPANM Bil.7 tahun
                       2018-Tatacara Pengurusan Bayaran:
                       11.4.1 Elektronik sepenuhnya;
                       11.4.2 Elektronik dan integrasi sistem; dan
                       11.4.3 Separa elektronik.

               11.5  Semakan dan Pengesahan Laporan

                       PTJ hendaklah menyemak dan mengesahkan laporan berkaitan yang dijana oleh sistem
                       bagi memastikan transaksi perakaunan adalah tepat dan betul seperti berikut:
                       11.5.1    Transaksi perakaunan diakaunkan kepada struktur kod perakaunan yang tepat
                                 dan betul.

                       11.5.2    Bayaran dilakukan ke atas transaksi dan dokumen sokongan yang sah adalah
                                 selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.

                       11.5.3    Laporan pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan ekuiti
                                 yang disediakan adalah tepat dan lengkap untuk membantu proses membuat
                                 keputusan oleh Kementerian/ Jabatan.

                       11.5.4    Tindakan semakan dan pengesahan laporan oleh PTJ perlu bagi memastikan
                                 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan disediakan dengan tepat dan lengkap
                                 yang mengandungi maklumat seperti berikut:
                                 i.  Aset;
                                 ii.  Liabiliti
                                 iii.  Aset Bersih/ Ekuiti;
                                 iv.  Hasil;
                                 v.  Belanja; Perubahan lain dalam Aset Bersih/ Ekuiti; dan
                                 vi.  Aliran Tunai.

                       11.5.5    Kaedah  penyimpanan  laporan  kewangan  dan  perakaunan  salinan  elektronik
                                 (softcopy)












                                                                                                           69
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75