Page 68 - index
P. 68
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
10.4.1 Membuat permohonan pinjaman wang tunai atau sewa beli dari institusi
kewangan yang sah, berlesen dan diluluskan penubuhannya oleh Kerajaan
sahaja;
10.4.2 Memastikan pinjaman wang tunai atau lain-lain jenis pinjaman tidak bercagar
pada bila-bila masa tidak melebihi daripada sepuluh (10) kali emolumen
bulanannya. Contoh, jika emolumen bulanan pegawai adalah sebanyak
RM1,000 maka pinjaman tidak bercagar yang dibenarkan ialah tidak lebih
daripada RM10,000.
10.4.3 Mengemukakan slip gaji/ penyata pendapatan bulanan/ tahunan, surat
pengesahan pendapatan serta borang permohonan pinjaman yang disahkan
dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/ pegawai yang diberi kuasa secara bertulis;
dan
10.4.4 Mengisytiharkan lain-lain bentuk pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/
penyata pendapatan kepada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan
pinjaman.
10.5 Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan tindakan diambil ke atas
perkara-perkara berikut:
10.5.1 Hanya Ketua Jabatan/ pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan
untuk membuat pengesahan, perakuan dan menandatangani surat pengesahan
pendapatan atau mana-mana borang pinjaman/ sewa beli selaras dengan Garis
Panduan Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Serius
yang dikeluarkan oleh KSU KKR melalui rujukan KKR.100-1/9/1 Jld. 2 (2)
bertarikh 31 Oktober 2016;
10.5.2 Setiap borang permohonan pinjaman/ sewa beli disertakan dengan surat
pengesahan pendapatan;
10.5.3 Mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai yang mempunyai
keterhutangan kewangan serius mengenai bagaimana membiayai kehidupan
seharian dengan pendapatan yang terhad;
10.5.4 Merujuk pegawai-pegawai yang mempunyai masalah keterhutangan kewangan
yang serius dan mempunyai baki emolumen kurang daripada 40% kepada
kaunselor dengan kadar segera setelah dikesan;
10.5.5 Jika langkah diperkara 10.5.3 dan 10.5.4 masih tidak membebaskan pegawai
daripada berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius, surat
amaran hendaklah dikeluarkan kepada pegawai supaya menyelesaikan
masalah berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian;
10.5.6 Ketua Jabatan hendaklah menilai dengan terperinci penjelasan atau sebab-
sebab yang dinyatakan oleh pegawai. Sekiranya pegawai gagal membuktikan
67

