Page 64 - index
P. 64
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
memperakukan permohonan “no show passenger”, maka denda yang dikenakan
oleh syarikat penerbangan perlulah dituntut secara tunai daripada pegawai
tersebut atau dipotong daripada gajinya. Bahagian/ Unit yang mengeluarkan
WPUA hendaklah memaklumkan kepada pegawai jumlah denda yang perlu
dijelaskan.
8.11.6 Pegawai tidak dibenarkan menukar tiket kepada open ticket (tidak ditetapkan
tarikh) kecuali dengan kelulusan Ketua Jabatan dan kebenaran Bahagian/ Unit
yang mengeluarkan WPUA.
8.11.7 Bahagian/ Unit yang mengeluarkan WPUA hendaklah menyelenggara Daftar No
Show Passengers untuk semua tiket perjalanan yang tidak disempurnakan bagi
tujuan kawalan yang mengandungi butiran seperti berikut:
i. Nama pegawai;
ii. Tarikh dan destinasi perjalanan;
iii. Nombor WPUA dan tarikh;
iv. Sebab No Show Passengers;
v. Harga tiket sebenar;
vi. Jumlah tuntutan kepada agensi penerbangan dan tarikh;
vii. Jumlah tuntutan yang diterima dari agensi penerbangan;
viii. Tarikh tuntutan diterima dan nombor resit;
ix. Jumlah denda;
x. Jumlah bayaran denda daripada pegawai, tarikh denda diterima dan
nombor resit; dan
xi. Nombor rujukan surat kelulusan pengecualian denda/ surat tuntutan
kepada pegawai sekiranya tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan.
8.11.8 Jabatan/ Bahagian/ Unit yang mengeluarkan WPUA hendaklah mendapatkan
pengesahan berkaitan “no show passengers” daripada syarikat penerbangan dan
menyemak dengan Daftar No Show Passengers.
8.11.9 Sekiranya kes “no show passengers” tidak dilaporkan dan maklumat dapat dikesan,
pegawai yang berkaitan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dikenakan surcaj.
8.11.10 Jika perjalanan tidak dapat dilakukan, tuntutan bayaran balik hendaklah
dikemukakan oleh PTJ kepada syarikat penerbangan atau kepada agensi
pengembaraan dengan mengemukakan surat permohonan oleh Ketua Jabatan
dan dokumen sokongan berkaitan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh
penerbangan.
8.11.11 Segala denda atau kos perkhidmatan yang dikenakan atas pembatalan/
penangguhan tempahan boleh dipotong dari bayaran balik yang dituntut. Agensi
tidak dibenarkan membuat bayaran balik melalui Nota Kredit.
63

