Page 69 - index
P. 69

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                 bahawa beliau boleh menangani masalah keterhutangan kewangan yang serius,
                                 tindakan tatatertib hendaklah dimulakan terhadap pegawai;

                       10.5.7    Memantau pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/ penyata pendapatan
                                 pegawai seperti hutang dengan institusi kewangan yang tidak dipotong melalui
                                 Biro Angkasa, hutang sewa beli dan sebagainya. Sekiranya pegawai didapati
                                 tidak mengisytiharkan pinjaman/ potongan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah
                                 mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib;

                       10.5.8    Memastikan pengurus sumber manusia dan pengurus kewangan di peringkat
                                 PTJ  masing-masing  menjana  laporan  pendapatan  bersih  kurang  40%  pada
                                 setiap bulan untuk tindakan pemantauan selanjutnya; dan

                       10.5.9    Mengemukakan secara berkala iaitu setiap 3 bulan (Mac, Jun, September dan
                                 Disember)  laporan  pegawai  yang  mengalami  keterhutangan  kewangan  yang
                                 serius  ke  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Kementerian  Kerja  raya
                                 termasuk  tindakan  yang  telah  diambil  oleh  Ketua  Jabatan  beserta  dokumen
                                 berkaitan sebagai bukti seperti di LAMPIRAN XIII.

               10.6  PTJ perlu mendapatkan pengesahan akuan hutang secara bertulis dari Bahagian Akaun
                       bahawa  pegawai  tersebut  masih  ada  atau  tiada  pinjaman  dengan  Kerajaan  bagi
                       mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan pembayaran balik bagi pinjaman-pinjaman
                       dengan Kerajaan di bawah KKR.

               10.7  Oleh yang demikian, Ketua Jabatan/ Bahagian perlu mendapatkan pengesahan akuan
                       hutang  tersebut  sebelum  pegawai  bersara/  menamatkan  perkhidmatan  atau  setelah
                       pegawai tersebut meninggal dunia.

               10.8  Ketua  Jabatan/  Bahagian  hendaklah  memastikan  agar  semakan  pengesahan  akuan
                       hutang ini dibuat bagi pegawai yang akan bersara (pilihan atau wajib)/ tamat perkhidmatan
                       dan telah meninggal dunia.


        11     PENYELENGGARAAN DAN SEMAKAN LAPORAN iGFMAS

               11.1  AP  95  menetapkan  buku  vot  elektronik  hendaklah  diselenggara  bagi  memastikan
                       peruntukan, tanggungan dan perbelanjaan yang diluluskan dikemaskini dengan tepat dan
                       betul. Dalam persekitaran iGFMAS, buku vot elektronik adalah merujuk kepada Laporan
                       Kedudukan Vot/ Dana.

               11.2  AP 103(a) menetapkan bahawa bil hendaklah dibayar dengan segera tidak lewat daripada
                       14 hari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna. Dalam persekitaran iGFMAS,
                       Daftar Bil adalah merujuk kepada Laporan Bil/ Invois (AP 103).






                                                                                                           68
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74