Page 71 - index
P. 71
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
11.5.6 Laporan-laporan lain yang disediakan dalam iGFMAS boleh disemak oleh PTJ
berdasarkan keperluan.
11.5.7 AP 95(e) menetapkan buku vot elektronik hendaklah diperiksa sekurang-
kurangnya sebulan sekali oleh penyelia dengan menurunkan tandatangan
ringkas dengan nama, jawatan dan tarikh semakan. Dalam persekitaran
iGFMAS, Buku Vot Elektronik merujuk kepada Laporan Kedudukan Vot/ Dana –
Ringkasan.
11.5.8 Selaras dengan AP 103(b), Daftar Bil atau Laporan Bil/ Invois (AP 103), PTJ
hendaklah mengambil tindakan berikut:
11.5.8.1 Daftar Bil hendaklah dicetak dan diperiksa sekurang-kurangnya
sebulan sekali oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang menerima
Penetapan Kuasa dan Tugas dengan tandatangan ringkas dengan
nama, jawatan dan tarikh; dan
11.5.8.2 Bagi memastikan bil dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari,
Daftar Bil hendaklah diperiksa dan disahkan oleh pegawai Gred 41
dan ke atas atau yang setara dengannya atau mengikut perjawatan
dan kekananan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Penetapan
Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan.
11.6 Penyimpanan Laporan Kewangan
11.6.1 Laporan berkaitan kewangan dan perakaunan hendaklah disimpan mengikut jenis
dokumen dan turutan bagi memudahkan semakan dan capaian dokumen.
70

