Page 76 - index
P. 76
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
v. Mengadakan lawatan ke premis/ alamat penghutang untuk bersemuka dengan
penghutang; dan
vi. Lain-lain usaha yang difikirkan perlu.
12.2.4 Setelah usaha-usaha di atas dibuat dengan giat dan penghutang didapati tidak
memberi maklum balas atau tidak dapat dikesan, kes tersebut perlu dikemukakan
kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian dengan segera supaya tindakan
perundangan dapat diambil sebelum terhalang oleh sekatan had masa selaras
dengan Akta Had Masa 1953 yang berkuat kuasa.
Tempoh Surat Tuntutan/Surat Peringatan
12.2.5 Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan susulan dengan mewujudkan
mekanisme penguatkuasaan dan mengadakan mesyuarat secara berkala di
Bahagian/ Jabatan masing–masing untuk mendapatkan semula jumlah tunggakan
ABT bagi mengelakkan daripada berlaku hutang lapuk.
12.3 PENJEJASAN NILAI ABT
12.3.1 Penjejasan Nilai perlu dibuat ke atas ABT yang melibatkan individu atau perniagaan
/ syarikat yang dijangka tidak dapat dikutip semula. Iaitu nilai anggaran yang di
peruntukkan bagi amaun tunggakan ABT yang mungkin menjadi lapuk.
12.3.2 Penjejasan Nilai dibuat bagi tunggakan ABT yang melebihi 6 tahun atau terdapat
peristiwa kerugian yang menyebabkan ABT tersebut tidak dapat dikutip. Peristiwa
kerugian merupakan keadaan di mana penghutang gagal menjelaskan hutang
kepada Kerajaan dan dijangka tidak mampu langsung untuk membayar hutang.
Ianya memberi impak kepada jangkaan aliran tunai masuk masa hadapan ABT dan
nilai kerugian dapat diukur dengan munasabah. Amaun penjejasan nilai yang perlu
dibuat adalah 100% dari amaun ABT tersebut.
12.3.3 PTJ hendaklah membuat penilaian peristiwa kerugian dengan menganalisa bukti
objektif peristiwa kerugian dan usaha/tindakan yang diambil bagi mendapatkan
75

