Page 78 - index
P. 78

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                 Debit  Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil (Kod Akaun: A5974***)
                                 Kredit  Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil (Kod Akaun: B5974***)

                      12.3.9 Mengakaunkan hapuskira yang telah diluluskan ke atas ABT Hasil yang telah dibuat
                              penjejasan nilai:

                              i. Mengakaunkan hapuskira yang telah diluluskan:

                                Debit  Hapuskira (kod akaun : B0551202)
                                Kredit  Akaun Belum Terima (kod akaun : A0481101)

                              ii. Selepas hapuskira diakaunkan, PTJ hendaklah menyediakan baucar jurnal timbal
                                balik penjejasan nilai dalam iGFMAS mengikut kod dana ABT Hasil berkaitan.
                                Jurnal ini perlu dibuat bagi memastikan perakaunan belanja tidak di buat dua kali
                                atas  transaksi  hutang  yang  sama.  Timbal  balik  penjejasan  nilai  diakaunkan
                                mengikut amaun sebenar kelulusan hapuskira yang diberi.

                                Debit  Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil (Kod Akaun: A5974***)
                                Kredit  Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil (Kod Akaun: B5974***)

               12.4  HAPUS KIRA ABT

                       12.4.1Arahan     Perbendaharaan       328(a)    membenarkan        Ketua    Jabatan     untuk
                              mengemukakan permohonan hapus kira hutang yang tidak dapat dikutip melalui
                              Pegawai Pengawal kepada Perbendaharaan Malaysia bagi tujuan kelulusan hapus
                              kira  setelah  segala  usaha  mengutip  telah  dibuat.  Para  3,  Pekeliling
                              Perbendaharaan Malaysia WP10.3: Pengurusan Kehilangan dan Hapuskira Wang
                              Awam menyatakan amaun peringkat kelulusan adalah seperti berikut:

                                    Bil  Peringkat Kelulusan                   Amaun (RM)
                                    1     Pegawai Pengawal                     Sehingga RM25,000
                                    2     Kementerian Kewangan                 Melebihi RM25,000
                              Semua  permohonan  hapus  kira  hendaklah  dikemukakan  melalui  Bahagian
                              Kewangan  bagi  tujuan  kelulusan  di  peringkat  Pegawai  Pengawal  atau
                              Perbendaharaan Malaysia.

                       12.4.2 Semua permohonan hapus kira hendaklah disemak dan diteliti terlebih dahulu oleh
                              Bahagian  Kewangan.  Sekiranya  usaha  mengesan  penghutang  dan  usaha
                              membuat  kutipan  tidak  dilaksanakan  dengan  intensif  oleh  Bahagian/  Jabatan,
                              maka Bahagian Kewangan berhak menolak permohonan tersebut. Permohonan
                              yang dikemukakan hendaklah bersekali dengan dokumen pembuktian/ sokongan
                              dalam kes pegawai meninggal dunia, diisytiharkan muflis atau yang berkaitan.







                                                                                                           77
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83