Page 81 - index
P. 81

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                       b-  Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                                          (Kew.8-Pin.10/96) sekiranya penahanan gaji ini melibatkan perubahan
                                          pada pendapatan pegawai.

                    12.6.4  Bagi mana-mana PTJ yang menerima notis peletakan jawatan pegawai yang kurang
                             daripada 30 hari, Ketua Jabatan hendaklah membuat tuntutan bayaran bersamaan
                             sebulan gaji dan surat tuntutan hendaklah disalinkan kepada BA dan BPSM.

                    12.6.5  Sekiranya terdapat keperluan untuk tahan gaji dibuat segera, PTJ/ PC boleh
                             membuat tindakan tahan gaji tanpa menunggu Penyata Perubahan Mengenai
                             Pendapatan  Seseorang  Pegawai  (Kew.8-Pin.10/96)  dan  Penyata  Mengenai
                             Peribadi,  Perkhidmatan  dan  Gaji  (PR.  JPA  2-Pin.1/96)  dan  mengemukakan
                             permohonan tahan gaji kepada BA/ Pejabat Perakaunan masing-masing.

                    12.6.6  Sebelum  proses  larian  gaji  dibuat  pada  setiap  bulan,  Bahagian/  Jabatan  perlu
                             menjana Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT dan Laporan Pencen atau
                             Tamat Kontrak bagi memastikan pembayaran emolumen dibuat kepada pegawai
                             yang masih berkhidmat dengan kadar yang tepat.

                    12.6.7  Jika  perjalanan  menggunakan  Waran  Penerbangan  Udara  Awam  tidak  dapat
                             dilakukan, tuntutan bayaran balik hendaklah dikemukakan oleh PTJ kepada syarikat
                             penerbangan  atau  kepada  agensi  pengembaraan  dengan  mengemukakan  surat
                             permohonan oleh Ketua Jabatan dan dokumen sokongan berkaitan.

                    12.6.8  Bahagian/ Jabatan perlu memaklumkan dengan segera kepada Seksyen Penyata
                             Kewangan, Bahagian Akaun jika tuntutan refund “no show passengers” daripada
                             agensi penerbangan tidak diperolehi untuk tindakan seterusnya dalam masa tiga
                             bulan selepas tuntutan refund dikemukakan.

               12.7  LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN ABT AMANAH

                       Berdasarkan Surat Ikatan Amanah Peningkatan Perkhidmatan Jalan Raya (Seksyen 9),
                       hasil sewaan bagi paparan iklan ini dipecahkan kepada dua (2) iaitu 50 % dimasukkan ke
                       hasil  kerajaan  manakala  baki  50%  lagi  dimasukkan  ke  Akaun  Amanah  terlibat.
                       Peningkatan ABT di bawah Akaun Amanah ini disebabkan oleh tunggakan sewaan papan
                       iklan  oleh  syarikat  yang  terkesan  dengan  impak  pandemik menyebabkan  kemampuan
                       syarikat menjelaskan sewaan terjejas.

                       Berikut  adalah  langkah-langkah  yang  diambil  oleh  PTJ  dalam  memastikan  ABT  bagi
                       sewaan ini dapat dikawal dan dikutip:

                       12.7.1 Kelulusan  akan  terbatal  secara  automatik  sekiranya  pihak  syarikat  gagal
                              menjelaskan caj sewaan selepas dua (2) bulan daripada tempoh kelulusan tahun
                              berikutnya.  Pihak  Kementerian/  JKR  boleh  mengambil  tindakan  selaras  dengan
                              Seksyen 84, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mana-mana struktur yang telah



                                                                                                           80
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86