Page 82 - index
P. 82
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
ditamatkan kelulusan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
berkaitan.
12.7.2 Pihak Kementerian merampas jaminan bank pihak syarikat sebagai ganti
kegagalan pihak syarikat menjelaskan caj sewaan tahun berikutnya.
12.7.3 Setiap penghutang tegar yang masih berdegil untuk menjelaskan tunggakan
tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pemfailan saman mahkamah
(Civil Suit) menerusi pejabat PUU, KKR.
12.7.4 Surat peringatan dikeluarkan kepada syarikat pengiklanan dalam tempoh tiga (3)
ke empat (4) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sesuatu iklan tersebut agar
syarikat berkenaan dapat mengemukakan permohonan memperbaharui sewaan
struktur tersebut sekiranya syarikat masih berminat untuk meneruskan sewaan
tapak tersebut. Satu salinan pemakluman tersebut juga dipanjangkan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan agar pihak PBT maklum tentang
permohonan pembaharuan tempoh tersebut.
12.7.5 Syarikat penghutang tegar akan disenarai hitam dan dilarang untuk
mengemukakan permohonan baru.
12.7.6 Sebarang tawaran perlanjutan kelulusan ke atas stuktur sedia ada yang dikeluarkan
kepada syarikat mewajibkan syarikat untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.
12.7.7 Surat peringatan dan tuntutan hutang dikeluarkan secara berkala dalam tempoh
tiga (3) bulan sekali kepada syarikat penghutang tegar agar menjelaskan bayaran
tertunggak dengan segera.
13 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT
13.1 Panjar Wang Runcit (PWR) merujuk kepada sejumlah wang yang diberi kepada Pegawai
Perakaunan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan
perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu
maksud perbelanjaan.
13.2 Pembayaran adalah bagi perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam
SPANM Bil.2 Tahun 2021seperti berikut
1. Pembayaran yang segera iaitu perbelanjaan tidak berkala dan tidak dirancang atau
perbelanjaan runcit iaitu pembelian yang dibenarkan dalam kuantiti kecil yang tidak
praktikal untuk membuat pembelian melalui Pesanan Kerajaan.
2. Selaras dengan AP97 (d) pembayaran tidak melebihi RM500.00 bagi setiap bil.
3. Pembelian di bawah peruntukan Objek Am 20000.
81

