Page 67 - index
P. 67
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
9.14.4 Wang yang telah diterima dari pengeluar jaminan bank/ insuran hendaklah
diakaunkan dengan mengurangkan kod akaun WPK (A0591101).
9.14.5 Terimaan hendaklah diakaunkan melalui modul Terimaan sistem iGFMAS dengan
menggunakan resit jenis Wang Pendahuluan Kontraktor.
9.15 Pemantauan dan pelaporan
PTJ bertanggungjawab untuk memastikan:
9.15.1 Setiap salinan Arahan Pembayaran dan Baucar Jurnal yang melibatkan transaksi
WPK hendaklah diberikan kepada Penyedia JKR66 bagi tujuan rekod.
9.15.2 PTJ juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan baki kod akaun WPK di
sistem iGFMAS (Laporan Kedudukan Subsidiari) adalah sama dengan JKR66
yang telah dibayar.
9.16 Laporan WPK hendaklah dikemukakan dengan disokong salinan JKR66 terkini yang telah
dibayar dan salinan Arahan Pembayaran ke Bahagian Akaun selewat-lewatnya pada 10
haribulan bulan berikutnya.
10 PENGESAHAN AKAUN BEBAS HUTANG (ABH)
10.1 Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai
seliaannya tidak termasuk dalam keadaaan keterhutangan kewangan yang serius.
10.2 Keterhutangan kewangan yang serius bermaksud keadaan keterhutangan seseorang
pegawai yang tinggi, setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah
sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya.
10.3 Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan
yang serius jika:
10.3.1 Agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa
tertentu melebihi sepuluh (10) kali emolumen bulanannya;
10.3.2 Dia adalah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak
dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan perintah bermeterai
penghakiman itu; atau
10.3.3 Dia ialah seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut
mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang
memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan atau selagi
tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.
10.4 Bagi mengelakkan pegawai daripada termasuk dalam keterhutangan kewangan yang
serius, setiap pegawai hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
66

