Page 62 - index
P. 62

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              menguntungkan kerajaan berbanding pembelian menggunakan Waran Perjalanan
                              Udara Rasmi (WPUA).

                       8.5.3  Pegawai  perlu  mendapatkan  sokongan  Ketua  Jabatan  dengan  menggunakan
                              Borang  Permohonan  Pembelian  Sendiri  Tiket  Penerbangan  Untuk  Perjalanan
                              Udara Rasmi Dan Kelulusan Tuntutan Bayaran Balik, rujuk LAMPIRAN XII.

                       8.5.4  Bagi  pembelian  tiket  menggunakan  syarikat  Malaysia  Airlines  Berhad  (MAB),
                              pegawai  digalakkan  membuat  pembelian  menggunakan  Malaysia  Airlines
                              eGovemment Portal berbanding pembelian di kaunter, platform dalam talian atau
                              agensi pelancongan mana-mana yang menawarkan harga yang lebih rendah.

               8.6     Kos  yang  boleh  dituntut  oleh  pegawai  apabila  membuat  pembelian  tiket  penerbangan
                       secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah seperti berikut:
                       i.  Harga Tiket Penerbangan;
                       ii.  Surcaj Bahan Api;
                       iii.  Cukai Lapangan Terbang;
                       iv.  KLIA2 Fees (jika berkaitan);
                       v.  Sales and Services Tax (SST);
                       vi.  Bagasi (tuntutan berdasarkan kilogram bagasi paling minimum yang ditawarkan oleh
                          syarikat penerbangan);
                       vii. Insurans;
                       viii. Fi pemprosesan – Fi tersebut adalah wajib bagi membolehkan tiket dikeluarkan oleh
                          syarikat penerbangan atau syarikat pengembara pelancongan; dan
                       ix.  Sebarang  tuntutan-tuntutan  lain  yang  wajar  dan  munasabah  selain  di  atas  perlu
                          dikemukakan oleh pemohon kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

               8.7     Adalah menjadi tanggungjawab Ketua  Jabatan/ Bahagian untuk memastikan  pegawai-
                       pegawai  yang  diluluskan  Waran  Penerbangan  Udara  Awam  supaya  melaksanakan
                       perjalanan udara rasmi masing-masing mengikut kelulusan yang diberikan. Semua Ketua
                       Jabatan/  Bahagian  perlu  mendapatkan  laporan  perjalanan  udara  bulanan  daripada
                       syarikat  pengembaraan  yang  menguruskan  tempahan  bagi  memastikan  pegawai-
                       pegawai telah membuat perjalanan masing-masing.

               8.8     Ketua  Jabatan/  Bahagian  juga  perlulah  membuat  perancangan  yang  teratur  bagi
                       mengelakkan berlakunya pembatalan perjalanan udara rasmi dan ‘No Show Passengers’.

               8.9     Pegawai-pegawai  yang  ditakrifkan  sebagai  ‘No  Show  Passengers’  selaras  dengan
                       Pekeliling Perbendaharaan (PP) WP 2.5 merangkumi salah satu keadaan di bawah.
                       a)  Penumpang yang membatalkan tempahan dalam tempoh masa sebelum penerbangan
                          seperti yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan;
                       b)  Penumpang yang gagal melakukan perjalanan dengan penerbangan yang ditempah;
                       c)  Penumpang yang gagal melaporkan diri dalam masa yang ditetapkan;
                       d)  Penumpang yang gagal melakukan perjalanan oleh sebab tidak mempunyai dokumen
                          yang lengkap;




                                                                                                           61
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67