Page 57 - index
P. 57

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              Terimaan dan Bayaran (PTB) berbaki sifar yang menunjukkan kesemua urus niaga
                              terimaan dan bayaran untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan dan JANM.

               7.4     Permohonan Penubuhan Akaun Amanah Awam

                       7.4.1  Sekiranya  Jabatan/  PTJ  menerima  sumbangan/  caruman  wang  daripada  orang
                              perseorangan  dan/atau  badan-badan  yang  diamanahkan  kepada  Kerajaan  bagi
                              tujuan tertentu, Jabatan/ PTJ perlu mengkreditkan sumbangan itu ke dalam ATTD
                              setelah mendapat kelulusan JANM, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh
                              dikenakan oleh JANM. Perbelanjaan menggunakan ATTD adalah tidak dibenarkan
                              kecuali mendapat kebenaran khas daripada Perbendaharaan.

                       7.4.2  Setelah enam (6) bulan dari penggunaan ATTD, permohonan untuk menubuhkan
                              Akaun  Amanah  boleh  dikemukakan  kepada  Perbendaharaan  dengan
                              menyertakan:
                              i.  Surat rasmi permohonan daripada Kementerian;
                              ii.  Borang  lengkap  permohonan  yang  ditandatangani  oleh  Pegawai  Pengawal
                                 Kementerian sendiri;
                              iii.  Salinan transaksi penggunaan ATTD bagi tempoh enam (6) bulan; dan
                              iv.  Draf Arahan Amanah.

                       7.4.3  Perbendaharaan  hanya  akan  menimbangkan  permohonan  setelah  berpuas  hati
                              bahawa suatu Akaun Amanah Awam perlu diwujudkan. Draf Arahan Amanah yang
                              telah  disemak  oleh  Perbendaharaan  akan  dikemukakan  kepada  agensi-agensi
                              berkaitan untuk mendapat nasihat mengikut kehendak AP164.

                       7.4.4  Setelah  mendapat  nasihat  daripada  agensi-agensi  berkaitan,  Perbendaharaan
                              akan mengeluarkan Arahan bagi Akaun Amanah berkenaan secara rasmi.

                       7.4.5  Satu salinan Arahan Amanah akan diedarkan kepada Pegawai Pengawal Akaun
                              Amanah, JANM dan Jabatan Audit Negara.

                       7.4.6  Kementerian/  Jabatan  bertanggungjawab untuk mendapatkan  kod  akaun  Akaun
                              Amanah daripada JANM setelah mendapat Arahan Amanah berkenaan. Sesuatu
                              Akaun Amanah tidak boleh mula beroperasi selagi kod akaun belum diperolehi.

                       7.4.7  ATTD  hendaklah  ditutup  apabila  Akaun  Amanah  Awam  telah  ditubuhkan  dan
                              beroperasi  ataupun  kerana  sesuatu  sebab  lain.  Jabatan/  PTJ  hendaklah
                              menyediakan  Penyata  Terimaan  dan  Bayaran  akaun  yang  berbaki  sifar  yang
                              menunjukkan kesemua urus niaga terimaan dan bayaran, kemudian kemukakan
                              kepada Perbendaharaan dan JANM.

               7.5     Format Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah adalah seperti di Lampiran D1 dan D2
                       Pekeliling Perbendaharaan WP10.4.



                                                                                                           56
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62