Page 52 - index
P. 52
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
6.4.5 PTJ hendaklah memastikan semua maklumat tersebut diisi dengan lengkap bagi
tujuan pemantauan.
6.5 Tatacara Terimaan Akaun Deposit
6.5.1 Satu (1) Resit Rasmi deposit dikeluarkan untuk satu (1) pendeposit sahaja
6.5.2 Resit asal hendaklah disimpan oleh Pendeposit bagi tujuan pemulangan balik
deposit apabila maksud telah tercapai.
6.5.3 Walau bagaimanapun, bagi deposit yang diperoleh daripada Kontraktor/ Pembekal
melalui potongan Arahan Pembayaran (Dengan Pesanan Kerajaan), Resit Rasmi
tidak perlu dikeluarkan kepada Pendeposit selaras dengan AP150B(b).
6.6 Tatacara Bayaran Bagi Pulangan Balik atau Pelarasan Akaun Deposit
6.6.1 Deposit perlu dipulangkan kepada pendeposit atau penerima yang dibenarkan atau
diselaraskan kepada akaun tertentu apabila maksudnya telah tercapai.
6.6.2 Sebelum pemulangan balik atau pelarasan dibuat, PTJ bertanggungjawab untuk
membuat semakan bagi memastikan sama ada maklumat pemohon terdapat di
dalam Senarai Baki Pendeposit dan Laporan Kedudukan Subsidiari/ Buku Lejar
Kecil (Subsidiari) Akaun Deposit:
i. Jika ada, pastikan bayaran tuntutan pulangan balik deposit belum dibuat dan
akaun subsidiari pendeposit masih berbaki; atau
ii. Jika tiada, semak Warta Kerajaan dan jurnal pelarasan bagi menentukan sama
ada deposit telah diselaraskan/ dikreditkan ke akaun hasil. Jika baki deposit
telah diselaraskan/ dikreditkan ke akaun hasil, maka pulangan balik perlu dibuat
mengikut AP87 dan AP88 (Rujuk Senarai Semak yang dikeluarkan oleh
Bahagian Akaun).
6.6.3 Tuntutan perlu disokong dengan Resit Rasmi asal atau sekiranya Resit Asal hilang,
Surat Akuan Sumpah perlu disertakan. Nombor Resit Rasmi, tarikh pengeluaran
dan PTJ yang mengeluarkan resit hendaklah dinyatakan dalam perihal Arahan
Pembayaran. Sekiranya penerima deposit berbeza daripada pendeposit dan bukan
pemegang Resit Rasmi, perintah mahkamah/ keputusan penghakiman dan surat
akuan/ dokumen sokongan daripada PTJ perlu disertakan sebagai sokongan
kepada tuntutan.
6.6.4 Pemulangan deposit melalui potongan Arahan Pembayaran seperti bayaran Wang
Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah disokong dengan laporan atau rekod yang
disahkan.
6.6.5 Pemulangan deposit hendaklah dilakukan di pejabat asal deposit berkenaan
diterima. Walau bagaimanapun, sekiranya deposit perlu dipulangkan di pejabat
lain, kebenaran pejabat asal perlu diperolehi terlebih dahulu.
6.6.5.1 Pejabat penerima asal hendaklah memastikan baki Akaun Deposit di Buku
Lejar Utama Deposit/ Laporan Liabiliti Mengikut Akaun Deposit
51

