Page 55 - index
P. 55
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
7 PENGURUSAN AKAUN AMANAH
7.1 Kategori Amanah
7.1.1 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (KWAK)
7.1.1.1 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan mengakaunkan terimaan dari
peruntukan Kerajaan (Kumpulan Wang Disatukan) dan bayaran bagi
maksud tertentu mengikut Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957.
Ianya disenaraikan dalam Jadual Kedua dan Ketiga Akta Prosedur
Kewangan 1957. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ini
hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP10. 4.
7.1.1.2 Walau bagaimanapun, apa-apa sumbangan/ caruman wang boleh juga
diterima daripada orang perseorangan, Kerajaan Negara Luar dan/atau
badan-badan antarabangsa atau tempatan yang tidak dibiayai
sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan tertentu yang
diamanahkan kepada Kerajaan untuk KWAK tersebut.
7.1.1.3 Ia ditadbir melalui Surat Ikatan Amanah.
7.1.2 Akaun Amanah Awam
7.1.2.1 Akaun Amanah Awam mengakaunkan terimaan dan bayaran melibatkan
wang awam yang diterima daripada orang perseorangan, Kerajaan
Negara Luar dan/ atau badan-badan antarabangsa atau tempatan yang
tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud tertentu
mengikut Seksyen 9, Akta Prosedur Kewangan 1957. Pengurusan
Akaun Amanah Awam ini hendaklah merujuk kepada Pekeliling
Perbendaharaan WP10.4.
7.1.2.2 Ia ditadbir melalui Arahan Amanah.
7.2 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Akaun Amanah Awam hendaklah dikendalikan
mengikut peruntukan dalam Surat Ikatan Amanah, Arahan Akaun Amanah, Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan kewangan berkaitan yang
berkuatkuasa.
7.3 Permohonan Penubuhan KWAK
7.3.1 Jabatan/ PTJ hendaklah terlebih dahulu mengadakan perbincangan/ rundingan
dengan Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan bagi meneliti implikasi
kewangan Kerajaan berikutan cadangan penubuhan sesuatu KWAK.
7.3.2 Jabatan/ PTJ seterusnya dikehendaki menyediakan dan mengemukakan
Memorandum Jemaah Menteri yang lengkap beserta ulasan Kementerian
54

