Page 56 - index
P. 56

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              Kewangan berhubung cadangan penubuhan sesuatu KWAK, termasuk implikasi
                              kewangan yang berbangkit untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

                       7.3.3  Setelah  mendapatkan  kelulusan  Mesyuarat  Jemaah  Menteri,  permohonan
                              penubuhan  KWAK  hendaklah  dikemukakan  kepada  Perbendaharaan  dengan
                              disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
                              i.  Surat rasmi permohonan daripada Jabatan/ PTJ;
                              ii.  Salinan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersetuju menubuhkan
                                 KWAK tersebut;
                              iii.  Draf ucapan usul penubuhan KWAK untuk pembentangan di Dewan Rakyat;
                                 dan
                              iv.  Draf Surat Ikatan Amanah.

                       7.3.4  Setelah menerima permohonan lengkap daripada Jabatan/ PTJ, Perbendaharaan
                              akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
                              i.  Menyediakan surat pembentangan usul untuk tujuan pembentangan di Dewan
                                 Rakyat;
                              ii.  Mengatur  satu  sesi  taklimat  antara  Jabatan/  Kementerian  dengan  Menteri
                                 Kewangan mengenai cadangan penubuhan KWAK;
                              iii.  Membentangkan  usul  penubuhan  KWA  oleh  Menteri  Kewangan  di  Dewan
                                 Rakyat;
                              iv.  Mengemukakan  draf  Surat  Ikatan  Amanah  BUU,  JANM  dan  Jabatan  Audit
                                 Negara  (JAN)  untuk  ulasan  selepas  penubuhan  KWA  mendapat  kelulusan
                                 Dewan Rakyat; dan
                              v.  Mengeluarkan  Surat  Ikatan  Amanah  bagi  KWA  berkenaan  dan  diedarkan
                                 kepada Pegawai Pengawal KWA, JANM dan JAN.

                       7.3.5  Setelah  menerima  Surat  Ikatan  Amanah  yang  telah  diluluskan  oleh
                              Perbendaharaan, Jabatan/ PTJ adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan kod
                              akaun  KWAK  dari  JANM  dengan  melampirkan  Surat  Ikatan  Amanah  tersebut.
                              KWAK akan beroperasi setelah kod amanah diluluskan.

                       7.3.6  Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak untuk memperakaunkan peruntukan
                              daripada  Kumpulan  Wang  Disatukan  Persekutuan/  sumbangan  pihak  lain  bagi
                              tujuan sesuatu KWA sebelum usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah (KWA)
                              tersebut  dibentangkan  di  Dewan  Rakyat,  maka  kebenaran  khas  secara  bertulis
                              daripada  Perbendaharaan  hendaklah  diperolehi  terlebih  dahulu  sebelum  pihak
                              Jabatan/  PTJ  mengemukakan  permohonan  kepada  JANM  untuk  kelulusan
                              mengkreditkan peruntukan tersebut ke dalam Akaun Terimaan Tidak Diperuntukan
                              (ATTD).  Perbelanjaan  menggunakan  ATTD  adalah  tidak  dibenarkan  kecuali
                              mendapat kebenaran khas daripada Perbendaharaan.

                       7.3.7  ATTD hendaklah ditutup apabila KWA telah ditubuhkan dan beroperasi ataupun
                              kerana  sesuatu  sebab  lain.  Jabatan/  PTJ  hendaklah  menyediakan  Penyata




                                                                                                           55
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61