Page 59 - index
P. 59

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              7.10.1.2  Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti/ Ekuiti (yang mana berkaitan)
                              7.10.1.3  Senarai Kod Akaun (jika berkaitan)

               7.11  Jawatankuasa Akaun hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
                       dan  mengikut  korum  yang  telah  ditetapkan.  Sesalinan  Minit  Mesyuarat  Jawatankuasa
                       Akaun Amanah tersebut perlu dikemukakan kepada BA untuk makluman dan rekod.

               7.12  Proses Penutupan Akaun Amanah

                       7.12.1 Akaun Amanah yang telah mencapai maksud  penubuhannya, tidak dikehendaki
                              lagi,  mencukupi tempoh  hayat  yang  ditetapkan  dalam  Arahan Amanah ataupun
                              yang tidak aktif lagi untuk tempoh setahun hendaklah ditutup.
                       7.12.2 Baki  Akaun  Amanah  yang  hendak  ditutup  mestilah  disifarkan  iaitu  sama  ada
                              dengan  dipindahkan  ke  Akaun  Hasil  atau  dikembalikan  kepada  penyumbang
                              mengikut peruntukan Arahan Amanah berkenaan.

                       7.12.3 PTJ  perlu  menyediakan  dan  mengemukakan  surat  iringan  bersama  dokumen
                              sokongan berikut kepada Bahagian Akaun: -
                              7.12.3.1  Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/atau
                              7.12.3.2  Laporan  Hasil/  Belanja/  Aset/  Liabiliti  (Ringkasan)  (yang  mana
                                         berkaitan); dan/ atau
                              7.12.3.3  Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau
                              7.12.3.4  Laporan lain (jika berkenaan)

                       7.12.4 Sekiranya  terdapat  penemuan  pengauditan,  PTJ  bertanggungjawab  menyemak
                              dan  mengemukakan  maklum  balas  audit  kepada  Jabatan  Audit  Negara  dan
                              disalinkan  kepada  Bahagian  Akaun  Kementerian,  Bahagian  Kewangan
                              Kementerian (jika berkaitan) dan/atau JANM Negeri/ Cawangan (jika berkaitan).

                       7.12.5 Surat Penutupan Rasmi Akaun Amanah Am atau Surat pemakluman BPOPA akan
                              dipanjangkan kepada PTJ.

               7.13  Proses Penutupan Kumpulan Wang Amanah

                       7.13.1 Kumpulan Wang Amanah yang telah mencapai maksud penubuhannya dan tidak
                              lagi dikehendaki ataupun tidak lagi aktif hendaklah ditutup.

                       7.13.2 Permohonan untuk penutupan KWA boleh dikemukakan kepada Perbendaharaan
                              dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
                              i.  Surat rasmi permohonan daripada Jabatan/ PTJ;
                              ii.  Keputusan  Mesyuarat  Jemaah  Menteri  yang  bersetuju  penutupan  KWA
                                 tersebut; dan
                              iii.  Draf ucapan usul penutupan KWA untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

                       7.13.3 Setelah menerima permohonan lengkap daripada Jabatan/ PTJ, Perbendaharaan
                              akan mengambil tindakan seperti berikut:


                                                                                                           58
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64