Page 54 - index
P. 54
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
dengan menyediakan Baucar Jurnal dan mengepilkan bersama salinan Warta
Kerajaan sebagai dokumen sokongan.
6.7.6 PTJ yang telah membuat pewartaan sesuatu deposit dikehendaki menyimpan
Laporan Kedudukan Subsidiari/ Buku Lejar Subsidiari berkaitan yang telah
diwartakan beserta laporan pindahan deposit tersebut ke hasil dan dokumen
kelulusan pewartaan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses pemulangan
balik deposit sekiranya berlaku tuntutan selepas deposit dipindahkan ke Akaun
Hasil.
6.8 Pelaporan Akaun Deposit
6.8.1 Laporan Akaun Deposit adalah terdiri daripada Sijil Pengesahan Baki, Penyata
Penyesuaian Akaun Deposit dan Senarai Baki Pendeposit. Ia hendaklah
disediakan mengikut Pegawai Pengawal/ Segmen.
6.8.2 PTJ termasuk JKR Negeri dan Daerah perlu menyediakan dan mengemukakan
dua (2) salinan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Akaun Deposit dan
Senarai Baki Pendeposit pada setiap akhir bulan dengan tepat kepada Bahagian
Akaun Kementerian berkenaan selewat- lewatnya 14 haribulan dari hari pertama
bekerja bulan berikutnya.
6.8.3 Bagi tujuan tersebut, BA perlu mengemukakan Laporan FAGLB03 kepada PTJ
sebagai rujukan.
6.8.4 BA perlu mengemukakan dua (2) salinan Sijil Pengesahan Baki dan Senarai Baki
Pendeposit Disatukan pada setiap suku tahun selaras dengan AP150D kepada
BPOPA sebelum tarikh yang dinyatakan di dalam SPANM Bil.1/2023 (Tatacara
Pengurusan Akaun Deposit):
i. Suku Pertama – 25 April 2023
ii. Suku Kedua – 25 Julai 2023
iii. Suku Ketiga – 25 Oktober 2023
iv. Suku Keempat – 25 Januari 2024
6.9 Permohonan Penutupan Akaun Deposit
6.9.1 Permohonan penutupan sesuatu kod akaun deposit perlu dikemukakan kepada
BPOPA, JANM melalui Bahagian Akaun Kementerian dengan mematuhi perkara
berikut:
6.9.1.1 Tujuan deposit tersebut diwujudkan telah mencapai maksudnya;
6.9.1.2 Akaun Deposit tidak diperlukan lagi;
6.9.1.3 Tiada lagi transaksi terimaan dan bayaran akaun deposit tersebut dibuat
dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
6.9.1.4 Akaun Deposit tersebut telah berbaki sifar di peringkat Kementerian dan
PTJ.
53

