Page 51 - index
P. 51

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        6      PENGURUSAN AKAUN DEPOSIT

               6.1     DEPOSIT TERIMAAN

                       Akaun  Deposit  (Terimaan)  digunakan  untuk  mengakaunkan  wang  yang  diterima  oleh
                       Kerajaan  Persekutuan/  Negeri  khusus  bagi  sesuatu  maksud  di  bawah  mana-mana
                       undang-undang atau mengikut perjanjian/ kontrak sebagai liabiliti dan perlu dikembalikan
                       kepada pendeposit atau diselaraskan kepada akaun tertentu apabila maksudnya telah
                       tercapai.

               6.2     DEPOSIT BAYARAN

                          Akaun  Deposit  (Bayaran)  digunakan  untuk  mengakaunkan  wang  yang  dibayar  oleh
                       Kerajaan  Persekutuan/  Negeri  khusus  bagi  maksud  jaminan  di  bawah  mana-mana
                       undang-undang atau mengikut perjanjian/ kontrak sebagai aset dan perlu dikembalikan
                       kepada  Kerajaan  atau  diselaraskan  kepada  akaun  tertentu  apabila  maksudnya  telah
                       tercapai.

               6.3     Permohonan Penubuhan dan Mewujudkan Kod Akaun Deposit

                       6.3.1  Permohonan mewujudkan Akaun Deposit baru hendaklah mendapatkan kelulusan
                              Jabatan  Akauntan  Negara  Malaysia  (JANM)  melalui  Bahagian  Akaun  dengan
                              mengemukakan surat litup dan melengkapkan Borang Permohonan Mewujudkan
                              Kod  Akaun  Deposit  seperti  di  Lampiran  A3  Surat  Pekeliling  Akauntan  Negara
                              Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023.

               6.4     Penyelenggaraan Akaun Deposit

                       6.4.1  PTJ  bertanggungjawab  menyelenggara  rekod  berkaitan  Akaun  Deposit  seperti
                              berikut:
                              i.  Akaun Kawalan/ Lejer Utama/ Laporan Liabiliti Mengikut Kod Akaun (Terperinci)
                              ii.  Akaun Subsidiari/ Lejar Kecil/ Laporan Kedudukan Subsidiari
                              iii.  Senarai Baki Pendeposit

                       6.4.2  Buku Lejar Utama hendaklah ditutup pada setiap akhir bulan dan baki dibawa ke
                              hadapan pada bulan berikutnya.

                       6.4.3  Buku Lejar Kecil/ Akaun Subsidiari merupakan rekod kecil yang diselenggara bagi
                              setiap deposit dan tidak boleh berbaki debit. Jumlah semua baki Buku Lejar Kecil/
                              Akaun Subsidiari hendaklah bersamaan dengan baki Buku Lejar Utama Deposit.

                       6.4.4  Senarai Baki Pendeposit adalah penyata yang menunjukan senarai baki bagi setiap
                              pendeposit  yang  disediakan  oleh  PTJ.  Ia  menyenaraikan  nama  pendeposit,
                              nombor rujukan, tarikh deposit, tempoh pegangan dan baki deposit.




                                                                                                           50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56