Page 53 - index
P. 53
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
(Terperinci) bersamaan dengan baki Buku Lejar Kecil (Subsidiari)/ laporan
Kedudukan Subsidiari sebelum menyerahkan kepada pejabat pembayar
baharu.
6.6.5.2 Pejabat penerima asal hendaklah memindahkan baki Akaun Deposit
kepada Pejabat Pembayar baharu beserta dokumen berikut:
i. Salinan Buku Lejar Utama Deposit/ Laporan Liabiliti Mengikut Kod
Akaun Deposit (Terperinci) (pendeposit berkaitan);
ii. Salinan Buku Lejer Kecil (Subsidiari)/ Laporan Kedudukan Subsidiari;
iii. Salinan Senarai Baki Pendeposit; dan
iv. Dokumen lain yang berkaitan.
6.6.5.3 Pejabat Pembayar baharu hendaklah mengakaunkan dan membuat
bayaran pemulangan deposit terlibat.
6.6.6 Transaksi bayaran pulangan balik atau pelarasan deposit hendaklah diselenggara
dalam laporan yang berkaitan.
6.7 Pewartaan Deposit Yang Tidak Dituntut
6.7.1 Selaras dengan AP150F(a), PTJ hendaklah memastikan deposit yang tidak dituntut
selepas tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh deposit berkenaan boleh
dikembalikan (tujuan penerimaan deposit telah selesai), hendaklah diberitahu
dalam Warta Kerajaan.
6.7.2 Bahagian/ Jabatan dan PTJ pemegang deposit bertanggungjawab untuk
mewartakan deposit yang tidak dituntut tersebut untuk rujukan orang awam.
6.7.3 Pewartaan hendaklah dibuat dengan mengemukakan senarai pendeposit berkaitan
kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) melalui ewarta/warta
mengikut format seperti di Lampiran A13 SPANM Bil. 1/2023 (Tatacara
Pengurusan Akaun Deposit).
6.7.4 Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. Kod Akaun Deposit;
ii. Nama Pendeposit;
iii. Nombor dan tarikh resit;
iv. Nombor dan tarikh penyata pemungut;
v. Tarikh deposit patut dipulangkan; dan
vi. Amaun deposit berkaitan.
6.7.5 Sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh pendeposit dalam masa tiga (3) bulan selepas
pewartaan, Bahagian/ Jabatan dan PTJ hendaklah menyelaraskan deposit yang
tidak dituntut itu kepada Akaun Hasil Wang Tidak Dituntut (kod Akaun: H0181302)
52

