Page 60 - index
P. 60
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
i. Menyediakan surat pembentangan usul untuk tujuan pembentangan di Dewan
Rakyat;
ii. Mengatur satu sesi taklimat antara Jabatan/ Kementerian dengan Menteri
Kewangan mengenai cadangan penutupan KWA; dan
iii. Membentangkan usul penutupan KWA oleh Menteri Kewangan di Dewan
Rakyat.
7.13.4 Perbendaharaan akan memaklumkan Jabatan/ PTJ mengenai kelulusan
penutupan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan baki KWA disifarkan.
7.13.5 Menyedia dan mengemukakan surat iringan bersama dokumen sokongan berikut
kepada Bahagian Akaun Kementerian:
7.13.5.1 7.13.5.1 Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/ atau
7.13.5.2 Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti (Ringkasan) (yang mana
berkaitan); dan/ atau
7.13.5.3 Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau
7.13.5.4 Laporan lain (jika berkenaan)
7.13.5.5 Senarai Kod Akaun (jika perlu)
7.13.6 Sekiranya terdapat penemuan pengauditan, PTJ bertanggungjawab menyemak
dan mengemukakan maklum balas audit kepada Jabatan Audit Negara dan
disalinkan kepada Bahagian Akaun Kementerian, Bahagian Kewangan
Kementerian (jika berkaitan) dan/ atau JANM Negeri/ Cawangan (jika berkaitan).
7.13.7 Surat Penutupan Rasmi Akaun Amanah Am atau Surat pemakluman BPOPA akan
dipanjangkan kepada PTJ.
8 TATACARA WARAN PENERBANGAN DAN “NO SHOW PASSENGERS”
8.1 Penjawat awam digalakkan menggunakan perkhidmatan perjalanan udara untuk
menjalankan tugas rasminya jika lebih murah dan menjimatkan masa. Kelayakan kelas
tempat duduk bagi penjawat awam bagi penerbangan dalam negeri adalah seperti berikut:
i. Gred/ Pangkat Kelas 53 dan ke atas/ Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis dan ke atas
– Perniagaan
ii. Gred/ Pangkat 52 dan ke bawah/ Penolong Pesuruhjaya Polis dan ke bawah –
Ekonomi
8.2 Pembelian tiket penerbangan melalui Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA) adalah
diutamakan berbanding kaedah perolehan yang lain.
8.3 Walau bagaimanapun, Kementerian/ Jabatan diberikan kelonggaran untuk pembelian
tiket penerbangan melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
8.3.1. Kad Kredit Korporat (KKK): Pegawai yang telah diberi penetapan kuasa dan tugas
secara bertulis oleh Pegawai Pengawal untuk membeli tiket secara dalam talian
59

