Page 89 - index
P. 89

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                iGFMAS  seperti  di  LAMPIRAN  XIV  Borang  yang  telah  lengkap  hendaklah
                                dikemukakan kepada Bahagian Akaun untuk tindakan selanjutnya.

               13.12  Buku Wang Runcit

                       13.12.1 PTJ  dikehendaki  untuk  mencetak  Buku  Wang  Runcit  dari  sistem  iGFMAS  di
                                menu Panjar-Laporan pada setiap bulan.

                       13.12.2 PTJ  hendaklah  menyemak  Buku  Wang  Runcit  tersebut  dan  sentiasa
                                memastikan wang tunai di tangan sama dengan baki di tangan di Buku Wang
                                Runcit.

               13.13  Penutupan Bulanan Panjar

                      13.13.1  PTJ  adalah  bertanggungjawab  untuk  memastikan  semua  perbelanjaan  yang
                                menggunakan Baucar Kecil Kew.50e disempurnakan sehingga Peraku 1 dalam
                                bulan yang sama.

                      13.13.2  Semua  Baucar  Kecil  Kew.50e  hendaklah  diselesaikan  sehingga  tindakan
                                penerimaan rekupmen pada setiap bulan terutamanya pada penutupan interim
                                September 2022 dan penutupan akhir tahun Disember 2022.

                      13.13.3  PTJ  dikehendaki  untuk  menyemak  Laporan  Senarai  Dokumen  Bagi  Proses
                                Panjar  Belum  Selesai  pada  setiap  bulan  untuk  menyemak  sama  ada  masih
                                terdapat transaksi Panjar yang masih belum selesai.

                       13.13.4 Pastikan semua Baucar Kecil Kew.50e telah selesai diproses sehingga Peraku
                                1 pada bulan yang sama. Baucar Kecil Kew.50e yang tidak sempat diproses
                                dalam bulan yang sama iaitu pada hari terakhir bekerja bulan semasa, ia perlu
                                dihapuskan dan diproses semula pada bulan baharu.

                       13.13.5 Buku  Wang  Runcit  hendaklah  dicetak  dan  difailkan  pada  setiap  bulan.  PTJ
                                hendaklah pastikan baki Buku Wang Runcit adalah bersamaan dengan wang
                                tunai di tangan.

               13.14  Hari Pertama Bekerja Bulan Berikutnya

                       13.14.1 Kunci masuk semula Baucar Kecil Kew.50e yang telah dihapuskan tadi mengikut
                                tarikh bulan semasa. Pastikan setiap Baucar Kecil Kew.50e di Peraku I sebelum
                                hari terakhir bekerja bulan tersebut.



                                                                                                           88
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94