Page 94 - index
P. 94

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                v.  Kemukakan  permohonan  pemusnahan  kepada  Suruhanjaya  Pencegah
                                   Rasuah  Malaysia  dan  pengurusan  audit  dalam  Kementerian  bagi
                                   mendapatkan surat kebenaran/ sokongan (sekiranya perlu).

                     15.2.2    Permohonan Kelulusan Pemusnahan:
                               i.   Kemukakan semua dokumen berikut kepada Bahagian Akaun Kementerian
                                   Kerja Raya bagi mendapatkan surat kebenaran/sokongan:
                                   a)  Surat permohonan;
                                   b)  Senarai  rekod  kewangan dan perakaunan yang hendak  dimusnahkan  -
                                       Borang Kewangan - Arkib 04/08;
                                   Nota  :  Prosedur  Pengeluaran  surat  kebenaran/  sokongan  serta  dokumen
                                   sokongan yang berkaitan adalah tertakluk kepada arahan/pemakluman yang
                                   dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

                               ii.  Semua  permohonan  surat  kebenaran/sokongan  pemusnahan  rekod
                                   kewangan dan perakaunan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

                                   Bahagian Akaun, (u.p.: Seksyen Pemantauan Dan Naziran)
                                             Tingkat 1, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
                                   Jalan Sultan Salahuddin,
                                   50530 Kuala Lumpur

                               iii.  Bahagian  Akaun,  Kementerian  Kerja  Raya  akan  memproses  permohonan
                                   pemusnahan dan surat kebenaran/sokongan akan dikeluarkan dalam tempoh
                                   sepuluh  (10)  hari  bekerja  dari  tarikh  permohonan  lengkap  diterima.  Surat
                                   kebenaran/sokongan dari Bahagian Akaun, Kementerian Kerja Raya perlulah
                                   dikemukakan  bagi  tujuan  permohonan  kelulusan  pelupusan  kepada  Ketua
                                   Pengarah Arkib Negara

                               iv.  Surat kelulusan pelupusan rekod kewangan dan perakaunan adalah tertakluk
                                   di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Arkib Negara.

                     15.2.3     Selepas Mendapatkan Kelulusan Pemusnahan/Pelupusan:
                               i.   Semua rekod kewangan dan perakaunan yang telah diluluskan pemusnahan
                                   hendaklah  dimusnahkan  dalam  tempoh  tiga  (3)  bulan  dari  tarikh  surat
                                   kelulusan.

                               ii.  Musnahkan  rekod  kewangan  dan  perakaunan  berdasarkan  garis  panduan
                                   yang  telah  ditetapkan  oleh  surat  Kementerian  Kewangan  rujukan  KB
                                   557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993. Kaedah pemusnahan rekod
                                   sama  ada  dirincih,  dijual  atau  ditanam  boleh  digunakan  manakala  kaedah
                                   dibakar perlu mematuhi peraturan berkaitan alam sekitar yang berkuat kuasa.
                                   Penggunaan mesin "incinerator" digalakkan bagi memastikan semua rekod
                                   musnah sepenuhnya.





                                                                                                           93
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99