Page 92 - index
P. 92

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               14. Laporan Harian Juruwang

               15. Laporan Penyata Pemungut
               16. Laporan Terimaan Bulanan dan Terkumpul


          15  PELUPUSAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

               15.1  Semua agensi kerajaan adalah bertanggungjawab dalam memastikan rekod kewangan
                       dan perakaunan dapat disediakan dan boleh digunakan selama tempoh waktu yang telah
                       ditetapkan. Peraturan sedia ada mengenai pengurusan rekod kewangan dan perakaunan
                       termaktub  di  dalam  Arahan  Perbendaharaan  -  AP150.  Ia  memperuntukkan  bahawa
                       “semua rekod kewangan dan perakaunan termasuk rekod dalam bentuk mikrografik atau
                       digital hendaklah disimpan sekurang-kurangnya bagi tempoh yang ditetapkan di dalam
                       Lampiran M kepada Arahan Perbendaharaan - AP150. Tempoh ini telah mengambil kira
                       keperluan pengauditan oleh Ketua Audit Negara dan siasatan. Buku dan rekod kewangan
                       serta  perakaunan  hendaklah  dimusnahkan  selepas  tempoh  minimum  penyimpanan”.
                       Jadual 2 menunjukkan contoh rekod kewangan dan perakaunan yang disenaraikan dalam
                       Lampiran M kepada Arahan Perbendaharaan - AP150.

                                                                Jadual 2:
                      Tempoh Minimum Bagi Menyimpan Buku Dan Rekod Kewangan Dan Perakaunan


                             Rekod Kewangan dan Perakaunan                   Tempoh minimum penyimpanan

                          Lejar  dan  Daftar  berkaitan  Hutang  Awam,        12  tahun  selepas  penyelesaian
                          Pinjaman,  Pelaburan  dan  Sekuriti  serta          akhir    segala     urusan      dan
                          Daftar Pindah Milik.                                penutupan akaun akhir.
                          Lejar  Perakaunan  Utama  Perbendaharaan,
                          Ringkasan      dan     Lejar   Kecil,    Rekod
                          Perakaunan, Buku Tunai dan Jurnal.

                           (i)  Salinan  cetak  (hardcopy)  daripada          3 tahun
                               Sistem Perakaunan
                                                                              7  tahun  selepas  penyelesaian
                           (ii)  Manual                                       akhir    segala     urusan      dan
                                                                              penutupan akaun akhir.
                          Rekod kewangan dan perakaunan berkaitan
                           bayaran dan pelarasan.

                          (i)  Salinan  cetak  (hardcopy)  daripada  4 tahun
                               Sistem Perakaunan

                          (ii)  Manual                                      7 tahun selepas penyelesaian akhir
                                                                            segala  urusan  dan  penutupan
                                                                            akaun akhir.


                                                                                                           91
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97