Page 99 - index
P. 99

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                ii. Bagi  kiriman  wang/  wang  pos  gantian,  pastikan  tindakan  pelarasan  telah
                                 dilaksanakan  oleh  Pejabat  Perakaunan  sebelum  Resit  Rasmi  baharu
                                 disediakan.


                       16.21.3 Jana dan semak Laporan Daftar Cek Tak Laku Dengan Gantian dan Laporan
                                Daftar  Cek  Tak  Laku.  Pastikan  maklumat  cek/  deraf  bank  gantian  telah
                                dikemaskini. Kemaskini maklumat kiriman wang/ wang pos gantian pada Daftar
                                Cek Tak Laku manual.

               16.22  Jika PTJ/ PP dapat mengenal pasti Cek Tak Laku setelah Resit Rasmi dikeluarkan dan

                       sebelum  dimasukkan  ke  dalam  bank,  PTJ/  PP  hendaklah  mengambil  tindakan  untuk
                       membatalkan  Resit  Rasmi  melaui  Baucar  Jurnal  dan  menuntut  penggantian  dengan
                       segera.

               16.23  PTJ/ PP perlu menyediakan Senarai Cek Tak Laku Yang Belum Diganti/ Laporan Daftar
                       Cek Tak Laku untuk menyokong Penyata Tunggakan Hasil seperti pada 30 Jun dan 31

                       Disember setiap tahun seperti di Lampiran E2 dalam SPANM Bil. 3 Tahun 2019 (Tatacara
                       Pengurusan Terimaan) dan melaporkannya kepada Pegawai Pengawal dalam tempoh
                       yang ditetapkan. Dalam persekitaran Sistem iGFMAS bagi Cek/ Draf Bank Tak Laku,
                       PTJ/ PP boleh menjana dan menyemak Laporan Daftar Cek Tak Laku Tanpa Gantian.

               16.24  PTJ bertanggungjawab untuk melaporkan cek tak laku tersebut di dalam Laporan Akaun
                       Belum Terima ke Bahagian Akaun.



        17     PENGURUSAN BAYARAN BALIK HASIL

               17.1  Bayaran Balik Hasil (BBH) adalah bayaran balik apa-apa terimaan yang telah dikreditkan
                       ke dalam Akaun Hasil Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan - AP87(b).

               17.2  Peruntukan BBH adalah peruntukan yang diterima daripada Jabatan Akauntan Negara
                       Malaysia (JANM) mengikut permohonan yang dibuat oleh Bahagian Akaun.

               17.3  PTJ  perlu  mengemukakan  Borang  Permohonan  berserta  dokumen  sokongan  yang
                       lengkap  ke  Bahagian Akaun  KKR dengan merujuk  Lampiran  D kepada  SPANM  Bil.  3
                       Tahun 2019 (Tatacara Pengurusan Terimaan).

               17.4  Selaras  dengan  AP87(b),  apa-apa  amaun  pulangan  balik  antara  RM2,000  hingga
                       RM50,000 perlu mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal. Manakala pulangan balik




                                                                                                           98
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104