Page 101 - index
P. 101
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
digunakan seperti berikut: (1) “Saya mengesahkan bil/ invois asal *tidak diterima/ hilang
dan bayaran belum pernah dbuat ke atas bil/ invois ini. Saya bertanggungjawab
memastikan bayaran tidak akan dibuat pada bil/ invois asal jika *diterima/ dijumpai dan
kutipan balik akan dibuat sekira berlakunya pembayaran lebih dari sekali.” (2) Pengesahan
bahawa bekalan/ perkhidmatan atau kerja telah dibekalkan/ disempurnakan.
18.8 Selaras dengan AP 102(a), Pegawai yang memperakukan baucar itu adalah
bertanggungjawab bahawa:
i. Perkhidmatan atau bekalan telah diterima dengan sempurnanya;
ii. Harga yang dikenakan adalah sama ada mengikut kontrak atau skala yang diluluskan,
atau patut dan munasabah mengikut kadar semasa;
iii. Kebenaran telah diperolehi sebagaimana yang dinyatakan;
iv. Pengiraan adalah betul;
v. Penerima yang dinamakan dalam baucar itu adalah pihak yang berhak menerima
bayaran;
vi. Bayaran itu adalah pertanggungan yang sepatutnya kepada Program, Aktiviti atau
Projek atau akaun yang dinyatakan; dan
vii. Peruntukan mencukupi dan tidak dipertanggungkan bagi Maksud lain.
18.9 PTJ bertanggungjawab memastikan butiran bayaran berikut adalah tepat dan betul:
i. Kod Pegawai Pengawal;
ii. Kod Kumpulan PTJ & PTJ Pembayar dan PTJ Dipertanggung;
iii. Kod Vot/ Dana;
(1) Kod Program/ Aktiviti/ Projek;
(2) Kod Akaun;
(3) Perihal Bayaran; dan
(4) Amaun yang dipertanggungkan.
18.10 Dokumen kewangan beserta dokumen sokongan perlu dilengkapkan dengan Borang
Pergerakan Dokumen dan Senarai Semak (jika berkaitan) serta PTJ hendaklah
menyemak status dokumen kewangan yang dihantar kepada AO dari semasa ke semasa
bagi memastikan dokumen kewangan tersebut telah diambil tindakan.
18.11 Arahan Pembayaran berserta dokumen sokongan hendaklah dicap atau ditebuk ‘TELAH
BAYAR’.
18.12 Semua PTJ bertanggungjawab untuk menyemak laporan-laporan berikut di portal
iGFMAS pada setiap hujung tahun:
i. Laporan Pesanan Kerajaan - kenalpasti status dokumen pesanan kerajaan untuk
tindakan melengkapkan, hapus, atau batal dokumen;
ii. Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan Yang Telah Lengkap - memastikan invois
diterima daripada pembekal bagi bekalan dan perkhidmatan yang telah diterima; dan
iii. Laporan Tanggungan Belum Selesai - kenalpasti pesanan yang mempunyai
tanggungan yang belum selesai.
18.13 Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan surat arahan berujukan
JANM.BPOPP/SPO)Emel)/2023(100) bertarikh 30 Mac 2023 berkaitan kawalan ke atas
100

