Page 105 - index
P. 105
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
20.14 Pegawai Peraku pada Sistem HCM iGFMAS hendaklah melaksanakan simulasi larian gaji
sehingga error free (tiada isu data) semasa larian simulasi selesai, sebelum
mengemukakan data tersebut melalui sistem kepada AO dan bertanggungjawab juga
untuk menyemak Laporan Simulasi Payroll.
20.15 Gred jawatan bagi peranan di Sistem HCM iGFMAS adalah seperti berikut:
Peranan Gred Jawatan
Penyedia Gred 19 hingga 22
Penyemak Gred 22 dan ke atas
Peraku Gred 26 dan ke atas
20.16 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan jumlah potongan emolumen tidak
menyebabkan pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dan
memastikan Peraturan Pendapatan Bersih Pegawai Awam perlu berada sekurang-
kurangnya pada paras minima 40%.
20.17 Ketua Jabatan dan pegawai awam adalah bertanggungjawab bagi memastikan pegawai
awam mempunyai had pendapatan bersih minimum 40%. Pemantauan boleh
dilaksanakan melalui kaedah berikut:
i. Semakan kepada Laporan Senarai Peratus Potongan Melebihi Pendapatan (ZRPY069)
secara bulanan;
ii. Kawalan ke atas proses kelulusan permohonan pinjaman peribadi dimana hanya
pegawai yang diberi kebenaran sahaja yang boleh meluluskan borang permohonan
pinjaman peribadi;
iii. Mengadakan mesyuarat khas secara berkala atau melalui platform mesyuarat sedia
ada bagi memantau dan memastikan tugasan, prestasi dan kualiti perkhidmatan
pegawai awam yang mempunyai had pendapatan bersih kurang dari paras minimum
40% tidak terjejas, atau terlibat dengan salah laku dan penyelewengan wang awam;
iv. Menasihatkan pegawai awam untuk menstruktur semula pinjaman peribadi dan
potongan lain;
v. Merujuk pegawai awam ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); dan
vi. Menyediakan kawalan dalaman untuk memantau dan memastikan pegawai awam
mempunyai had pendapatan bersih minimum 40%.
20.18 Bahagian/ Unit Sumber Manusia di PTJ/ PC tempat pegawai baharu ditugaskan
hendaklah memastikan pegawai lantikan baharu tersebut mengemukakan semua
dokumen sokongan yang lengkap seperti di Lampiran A4 (SPANM Bil. 1 Tahun 2020-
Tatacara Pengurusan Emolumen) dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh melapor
diri di tempat bertugas (penempatan) bagi keperluan pembayaran gaji dan mengelakkan
kelewatan proses bayaran gaji.
20.19 Bahagian/ Unit Sumber Manusia hendaklah menyediakan Penyata Perubahan Mengenai
Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) dan Penyata Mengenai Peribadi,
Perkhidmatan dan Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96) Lampiran A3 (SPANM Bil. 1 Tahun 2020-
Tatacara Pengurusan Emolumen) dan menyerahkan dokumen sokongan kepada
104

