Page 110 - index
P. 110
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
Rajah 3 : Kerangka SMARt
22.1.8 Terdapat empat (4) elemen teras dalam Perakaunan Pengurusan seperti berikut:
i. Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Risiko
Analisis Penyata Kewangan adalah pentafsiran dan penghuraian ke atas
transaksi, item yang signifikan dan peristiwa penting yang dinyatakan
dalam Penyata Kewangan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya
akan dapat diberikan kepada pembuat keputusan. Penilaian Risiko pula
perlu dilaksanakan melalui proses mengenal pasti, mengukur, menilai
impak dan kebarangkalian, membuat pemetaan matriks dan pengelasan
tahap risiko atau ketidaktentuan bagi menentukan signifikasinya.
Berdasarkan data berkenaan, penjelasan akan dibuat mengenai keadaan
risiko atau ketidaktentuan yang dihadapi, perubahan dalam risiko serta
strategi yang perlu diambil untuk mengawalnya.
ii. Pengekosan
Pengekosan adalah teknik untuk mengenal pasti secara terperinci jumlah
kos yang terlibat dalam menghasilkan produk/perkhidmatan di peringkat
Kementerian dan PTJ. Ia merangkumi proses pengkelasan, perekodan dan
proses memperuntukkan perbelanjaan kepada output dan keberhasilan
yang telah dicapai oleh Program/Aktiviti Kementerian dalam tempoh
tertentu.
iii. Analisis Sumber
Analisis Sumber adalah kaedah untuk meneliti secara terperinci kecekapan
Kementerian dalam menggunakan sumber yang telah diperuntukkan (input)
109

